INDONESIA, Thursday, 07 August 2025 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the 12th ASEAN Air Force Education and Training Working Group (AAFET-WG) meeting, hosted by the Indonesian Air Force (IDAF) in Yogyakarta, Indonesia.
Representing the RBAirF were Lieutenant Colonel (U) Muhammad Zabri bin Abdul Rahman, Commanding Officer of No. 8 Wing, who led the delegation, and Major (U) Mohammad Aliff bin Haji Zulkifli, Acting Officer Commanding of No. 73 Squadron. The meeting brought together representatives from all 10 ASEAN member states.
This year's meeting was held under the theme “The Concept of ASEAN Inclusivity and Sustainability of Non-Combatant Evacuation Operations (NEO)", focusing on the potential development of a common Standard Operating Procedure (SOP) for ASEAN Air Forces in conducting NEO. Discussions centred on enhancing regional preparedness, enhancing interoperability, and promoting collective response efforts during humanitarian crises and contingencies. The discussions reflect a growing commitment among ASEAN member states to strengthen regional preparedness and interoperability in responding to humanitarian crises and emergency situations.
The outcomes and key takeaways from this working group will be tabled at the upcoming ASEAN Air Chiefs Conference (AACC), scheduled to take place in Jakarta, Indonesia in September 2025.
RBAirF's participation underscores its continued commitment to regional cooperation and its dedication to enhancing interoperability and strengthening working relationships among ASEAN nations.

.jpeg)
.jpeg)
TUDB MENYERTAI MESYUARAT ASEAN AIR FORCE EDUCATION AND TRAINING WORKING GROUP KE-12
INDONESIA, Khamis, 07 Ogos 2025 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai Mesyuarat ASEAN Air Force Education and Training Working Group (AAFET-WG) ke-12 yang dianjurkan oleh Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Udara (TNI AU) di Yogyakarta, Indonesia.
Mewakili TUDB ialah Leftenan Kolonel (U) Muhammad Zabri bin Abdul Rahman, Pegawai Pemerintah Cawangan No.8, selaku ketua delegasi, bersama Mejar (U) Mohammad Aliff bin Haji Zulkifli, Pemangku Pegawai Memerintah No. 73 Skuadron. Mesyuarat ini menghimpunkan wakil-wakil daripada kesemua 10 negara anggota ASEAN.
Tema mesyuarat tahun ini ialah “The Concept of ASEAN Inclusivity and Sustainability of Non-Combatant Evacuation Operations (NEO)", yang memberi tumpuan kepada cadangan bagi penghasilan
Standard Operating Procedure (SOP) bersama bagi Tentera Udara ASEAN dalam melaksanakan
NEO. Perbincangan memberi tumpuan kepada peningkatan kesiapsiagaan serantau, pengukuhan interoperabiliti, dan kerjasama kolektif dalam menangani krisis kemanusiaan dan situasi kecemasan. Perbincangan ini mencerminkan komitmen antara Tentera Udara ASEAN untuk mempertingkatkan lagi kesiapsiagaan serantau dan kerjasama dalam menangani krisis kemanusiaan dan situasi kecemasan.
Hasil dan rumusan daripada mesyuarat ini akan dibawa ke
ASEAN Air Chiefs Conference (AACC) yang dijadualkan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada bulan September 2025.
Penyertaan TUDB mencerminkan komitmen berterusan terhadap kerjasama serantau, serta dedikasi dalam memperkukuhkan interoperabiliti dan hubungan kerjasama antara negara-negara ASEAN.
.jpeg)
