RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 07 August 2025 – Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Colonel (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, held a productive dialogue session (Muzakarah) today with all RBAirF officers and senior non-commissioned officers. The session, themed "Memperkukuhkan Disiplin dan Integriti dalam Menangani Isu Sosial dalam TUDB" focused on reinforcing the core values of the RBAirF which are “Service Above Self, Teamwork, and Excellence", strengthening unity and maintaining discipline among its personnel.
During his address, Colonel (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud emphasised the importance of every individual in upholding the good name and image of the RBAirF. He highlighted that the men and women serving in the RBAirF are its most valuable assets. He further stressed that protecting the RBAirF's reputation is a collective responsibility and that every individual, regardless of rank, plays a vital role in maintaining discipline and integrity.
The Commander also highlighted the importance of leadership based on Maqasid Al-Syariah and urged those in command positions to be aware of and to avoid current issues that could negatively impact the organisation. He called for a strong sense of esprit de corps, emphasising that showing genuine concern and unity toward one another fosters a supportive environment in which individuals feel valued and connected. He underscored that this pride and mutual loyalty must be shared by all personnel.
The dialogue concluded with a reminder of the shared purpose and commitment of the RBAirF to serve His Majesty and the nation. The session served as a crucial platform to discuss concerns and reach collective solutions.



SESI MUZAKARAH PEMERINTAH TUDB
BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI DAN PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 07 Ogos 2025 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kolonel (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, hari ini telah mengadakan sesi Muzakarah yang produktif bersama semua pegawai dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) TUDB. Sesi tersebut, dengan tema
"Memperkukuhkan Disiplin dan Integriti dalam Menangani Isu Sosial dalam TUDB" memfokuskan kepada pengukuhan nilai-nilai teras TUDB serta memperkukuhkan perpaduan dan disiplin di kalangan anggota-anggotanya.
Dalam ucapan beliau, Kolonel (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud menekankan betapa pentingnya setiap individu dalam menjaga nama baik dan imej TUDB. Beliau menekankan bahawa setiap anggota yang berkhidmat di TUDB adalah aset yang paling berharga. Beliau seterusnya menegaskan bahawa melindungi reputasi TUDB adalah tanggungjawab kolektif, dan setiap individu, tanpa mengira pangkat, memainkan peranan penting dalam mengekalkan disiplin dan integriti.
Pemerintah TUDB menyentuh tentang konsep kepimpinan berlandaskan Maqasid Al-Syariah dan mengingatkan semua yang berada dalam kedudukan kepimpinan, untuk peka dan mengelak isu-isu semasa yang boleh memberi kesan negatif kepada organisasi. Beliau menyeru kepada semangat
esprit de corps yang kuat, di mana kepentingan menunjukkan keprihatinan dan perpaduan yang tulen antara satu sama lain dapat memupuk persekitaran yang membantu agar seseorang individu berasa dihargai.
Sesi muzakarah diakhiri dengan peringatan mengenai tujuan bersama dan komitmen TUDB untuk berkhidmat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta negara. Sesi ini berfungsi sebagai landasan penting untuk membincangkan sebarang isu yang timbul dan seterusnya mencari penyelesaian kolektif.

