RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 01 August 2025 – A promotion ceremony for Training Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel was held at Training Group Headquarters, Rimba Air Force Base. The ceremony was officiated by Lieutenant Colonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Commandant of the Training Group, who conferred the rank upon three personnel promoted to Senior Non-Commissioned Officer (SNCO).
In his remarks, the guest of honour congratulated the promoted personnel on their dedication, discipline, and commitment to service. He underscored that rank promotion is not only a recognition of performance but also a greater responsibility in leading and mentoring subordinates. The ceremony reflected the RBAirF's continuous efforts to cultivate leadership qualities and professionalism within its personnel.
RBAirF would like to congratulate all personnel who were promoted during this ceremony.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA KUMPULAN LATIHAN, TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 01 Ogos 2025 – Majlis kenaikan pangkat bagi anggota Kumpulan Latihan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berlangsung di Markas Kumpulan Latihan, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis disempurnakan oleh Leftenan Kolonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Komandan Kumpulan Latihan, yang menyampaikan pangkat kepada tiga anggota yang dinaikkan ke Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan).
Dalam ucapannya, tetamu kehormat merakamkan ucapan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat atas komitmen, disiplin, dan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Beliau menegaskan bahawa kenaikan pangkat bukan sekadar penghargaan terhadap prestasi, tetapi juga amanah di dalam membimbing serta memimpin anggota bawahan. Majlis ini mencerminkan usaha berterusan TUDB dalam melahirkan kepimpinan dan profesionalisme dalam kalangan anggotanya.
TUDB ingin merakamkan ucapan tahniah kepada anggota-anggota yang telah dinaikkan pangkat pada majlis ini.
