RIMBA AIR FORCE BASE,
Tuesday, 01 July 2025
– In the ongoing commitment to operational excellence, Colonel (U) Haji Haszahadi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), conducted an introductory visit to No. 4 Wing, Support Group.
The Commander of the RBAirF was welcomed by Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Commanding Officer of No. 4 Wing, alongside No.4 wing Officer in Command, officers, Wing Sergeant Majors, and Non-Commissioned Officers. Also present to greet the Commander RBAirF were Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Rosley, Commander of the Support Group RBAirF and Major (U) Pengiran Muhammad Mufid bin Pengiran Ariffin, Commanding Officer of No. 6 Wing.
The visit provided Colonel (U) Haji Haszahadi with an insightful overview of No. 4 Wing's critical roles and responsibilities as a cornerstone of support for RBAirF operations. Through detailed briefings and discussions, the Commander RBAirF actively sought to understand the Wing's mission in delivering sustainable logistics support, underscoring its vital importance to the Air Force's overall readiness and effectiveness.
Leveraging his extensive experience and strategic perspective, Colonel (U) Haji Haszahadi provided invaluable guidance and direction to the personnel of No. 4 Wing. He expressed his strong confidence in their capabilities while challenging them to continuously enhance their performance and adaptability. His leadership emphasized the imperative for the Wing to remain agile and responsive to evolving operational demands, ensuring the RBAirF maintains its high standards of service.
This hands-on approach by the Commander RBAirF reinforces his dedication to fostering strong connections with all units and ensuring the RBAirF's supporting elements are fully aligned with its strategic objectives.

.jpeg)

LAWATAN RASMI PERTAMA PEMERINTAH TUDB KE CAWANGAN NO. 4, KUMPULAN BANTU
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 01 Julai 2025 - Dalam komitmen berterusan terhadap kecemerlangan operasi, Kolonel (U) Haji Haszahadi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah mengadakan lawatan pengenalan ke Cawangan No. 4, Kumpulan Bantu.
Pemerintah TUDB disambut oleh Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4, bersama Pegawa-pegawai Memerintah Cawangan, pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Cawangan serta Pegawai Tidak Bertauliah. Turut hadir menyambut ketibaan Pemerintah TUDB ialah Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Rosley, Pemerintah Kumpulan Bantu TUDB, dan Mejar (U) Pengiran Muhammad Mufid bin Pengiran Ariffin, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 6.
Lawatan ini memberi peluang kepada Kolonel (U) Haji Haszahadi untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai peranan dan tanggungjawab penting Cawangan No. 4 sebagai tulang belakang kepada bantuan operasi TUDB. Menerusi taklimat dan perbincangan terperinci, Pemerintah TUDB meneliti dengan lebih dekat misi cawangan tersebut dalam menyediakan sokongan logistik yang lestari, sekali gus menekankan kepentingannya terhadap kesiapsiagaan dan keberkesanan keseluruhan TUDB.
Berdasarkan pengalaman luas dan perspektif strategiknya, Kolonel (U) Haji Haszahadi telah menyampaikan nasihat dan panduan yang bernilai kepada warga Cawangan No. 4. Beliau menyatakan keyakinan penuh terhadap keupayaan mereka sambil mencabar mereka untuk terus meningkatkan prestasi dan keupayaan menyesuaikan diri. Kepimpinan beliau menekankan keperluan agar cawangan tersebut kekal tangkas dan responsif terhadap keperluan operasi yang sentiasa berubah, bagi memastikan TUDB terus mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi.
Pendekatan secara langsung oleh Pemerintah TUDB ini sekali lagi mencerminkan komitmen beliau dalam memperkukuhkan hubungan bersama semua unit serta memastikan elemen sokongan TUDB selaras dengan objektif strategik keseluruhan organisasi.
.jpeg)