RIMBA AIR FORCE BASE, MONDAY, 16 JUNE 2025 - The Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud received a courtesy call from the High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam, His Excellency Janbaz Khan, to Brunei Darussalam.
During the call, Colonel Haji Haszahaidi congratulated His Excellency on his recent appointment and accreditation as High Commissioner to Brunei Darussalam, expressing his best wishes for a successful diplomatic tenure. Both parties expressed mutual appreciation for the longstanding friendship between the two nations and shared a keen interest in exploring potential areas of cooperation. These include training exchanges and professional development initiatives between the RBAirF and the Pakistan Armed Forces.
Both sides expressed optimism about advancing their defence cooperation, with the goal of enhancing professional ties and interoperability between the two countries.



KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ISLAM PAKISTAN KEPADA PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, ISNIN, 16 JUN 2025 - Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Janbaz Khan, ke Brunei Darussalam.
Dalam kunjungan tersebut, Kolonel Haji Haszahaidi mengucapkan tahniah kepada Yang Mulia atas pelantikan dan pentauliahan rasmi beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, serta menyampaikan ucapan selamat maju jaya bagi menjalankan tugas diplomatik di negara ini. Kedua-dua pihak turut menyatakan penghargaan terhadap hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dan menyuarakan minat bersama untuk meneroka potensi kerjasama lanjut. Ini termasuk pertukaran latihan dan inisiatif pembangunan profesional antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Angkatan Tentera Pakistan.
Kedua-dua pihak turut menyuarakan keyakinan untuk memperkukuhkan kerjasama pertahanan, dengan matlamat untuk mengukuhkan hubungan profesional dan meningkatkan interoperabiliti di antara kedua-dua negara.
