Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE CONDUCTS TRAINING AND EXERCISE PLANNING WORKSHOP

TANAH JAMBU, Wednesday, 04 June 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted a Training and Exercise Planning Workshop led by Colonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh, RBAirF Chief of Staff at the Officer Cadet School Lecture Theatre, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF). The workshop was attended by RBAirF senior officers, officers, as well as senior and junior non-commissioned officers (NCOs).

This workshop aimed to enhance understanding of exercise planning and execution, while also serving as a platform for sharing operational experience and best practices across all levels of the force.

“This initiative is essential in ensuring that our training and exercises are not only operationally sound but also strategically aligned with our objectives," said Colonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel. The Chief of Staff also highlighted the key of developing both tactical and professional capacity of personnel is through continuous structured knowledge sharing.

The workshop placed strong emphasis on aligning training outcomes with mission objectives, while promoting a culture of continuous learning and collaboration. Attendees were encouraged to share insights from previous operational exercises to foster deeper institutional learning.

The RBAirF remains committed to operational excellence and innovation in air operations, reinforcing its dedication through initiatives like this workshop.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGENDALIKAN BENGKEL PERANCANGAN LATIHAN DAN EKSESAIS

TANAH JAMBU, Rabu, 04 Jun 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) hari ini telah mengendalikan Bengkel Perancangan Latihan dan Eksesais yang diketuai oleh Kolonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh, Ketua Staf TUDB, bertempat di Teater Kuliah Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB). Bengkel ini telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai kanan TUDB, pegawai-pegawai, serta PTB-PTB Kanan dan Rendah.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai perancangan dan pelaksanaan eksesais, di samping menjadi platform untuk berkongsi pengalaman operasi serta amalan terbaik di semua peringkat dalam pasukan.

“Inisiatif ini penting untuk memastikan latihan dan eksesais kita bukan sahaja mantap dari segi operasi tetapi juga sejajar dengan objektif strategik TUDB," kata Kolonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel. Beliau turut mengetengahkan bahawa pembangunan keupayaan taktikal dan profesional anggota TUDB adalah melalui perkongsian ilmu yang teratur secara berterusan.

Bengkel ini menekankan kepentingan penjajaran hasil latihan dengan objektif misi, sambil menggalakkan budaya pembelajaran berterusan dan kerjasama. Para peserta digalakkan untuk berkongsi pandangan serta pengalaman daripada eksesais terdahulu bagi memperkukuh pembelajaran institusi.

TUDB terus komited terhadap kecemerlangan operasi dan inovasi dalam operasi dan pertahanan udara, serta memperkukuhkan iltizamnya melalui inisiatif seperti bengkel ini.