Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF SHOWCASES OPERATIONAL CAPABILITIES AT THE 64TH RBAF ANNIVERSARY STATIC DISPLAY

MUARA NAVAL BASE, Sunday, 1 June 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary static exhibition held over two days at Muara Naval Base. The event provided a meaningful opportunity for RBAirF to present its operational roles, organisational structure, and contributions towards national defence.

The RBAirF showcase featured the involvement of all its major formations, including No. 1 Wing, No. 2 Wing, No. 3 Wing, No. 4 Wing, No. 5 Wing, No. 6 Wing, No. 7 Wing, and the Human Resource (HR) Office. Each section displayed a range of assets and informative materials that reflected the unique responsibilities of their respective units and highlighted the breadth of the Air Force's operational capability.

Throughout the exhibition, RBAirF personnel engaged with visitors as these interactions were aimed at increasing public awareness of the Air Force's organisational structure, mission, and career opportunities available within the defence sector. One of the more popular attractions, particularly among younger attendees, was the opportunity to be attired in selected RBAirF uniforms. These included operational wear, flight suits, and D2P attire, designed to foster curiosity and interest in national service.

The exhibition served as a valuable platform to introduce the RBAirF and promote the military career while strengthening the connection between the armed forces and the community. In alignment with long-term aspirations under Force 2035, such engagements play an important role in cultivating future talent and support for the nation's defence.


TUDB PAMERKAN KEUPAYAAN OPERASI SEMPENA PAMERAN STATIK ULANG TAHUN ABDB KE-64

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Ahad, 1 Jun 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai Pameran Statik sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 yang berlangsung selama dua hari di Pangkalan Tentera Laut Muara. Pameran ini memberikan peluang kepada TUDB untuk memperkenalkan peranan operasi, struktur organisasi dan sumbangannya terhadap pertahanan negara.

Penyertaan TUDB melibatkan semua Cawangan utama, iaitu Cawangan No. 1, No. 2, No. 3, No. 4, No. 5, No. 6, No. 7 serta Pejabat Sumber Manusia. Setiap cawangan mempamerkan pelbagai aset dan bahan maklumat yang menggambarkan peranan khusus mereka serta memperlihatkan keluasan keupayaan operasi TUDB secara menyeluruh.

Sepanjang pameran berlangsung, anggota TUDB turut berinteraksi bersama para pengunjung dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai struktur organisasi, misi serta peluang kerjaya yang ditawarkan dalam sektor pertahanan. Antara tarikan utama, khususnya dalam kalangan pengunjung muda, ialah peluang untuk mengenakan beberapa jenis pakaian seragam TUDB seperti pakaian operasi, pakaian penerbangan dan pakaian D2P, yang direka bagi memupuk rasa ingin tahu serta minat terhadap perkhidmatan negara.

Pameran ini berfungsi sebagai wadah yang bernilai untuk memperkenalkan TUDB dan mempromosikan kerjaya ketenteraan, di samping memperkukuhkan hubungan antara angkatan tentera dan masyarakat. Selaras dengan aspirasi jangka panjang di bawah Force 2035, pendekatan seumpama ini memainkan peranan penting dalam memupuk bakat masa depan dan sokongan terhadap pertahanan negara.