ROYAL BRUNEI NAVAL BASE, Saturday, 31 May 2025 – His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Deputy Sultan, consented to attend the Grand Parade commemorating the 64th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), held at the Parade Ground, Royal Brunei Naval Base.
A key highlight of the event was a Formation Flypast by the Royal Brunei Air Force (RBAirF), serving as a symbol of unity, precision and the operational excellence of the Air Force. The display featured six Sikorsky S-70i Blackhawk helicopters from No. 11 Squadron under the Blue Formation and two Airbus C295MW aircraft from No. 15 Squadron under the Eagle Formation. The Blue Formation, arranged in Arrowhead configuration, was led by Captain (U) Muhammad Fuad bin Haji Salleh, while the Eagle Formation was led by Major (U) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman.
Executed with seamless coordination and exacting precision, the Formation Flypast reflected the RBAirF's strong commitment to operational readiness and interoperability. The performance was made possible through meticulous planning and the unwavering dedication of the flying crews and ground coordination teams.
The participation of the RBAirF in the Grand Parade exemplifies the professionalism and discipline inherent in the RBAF and stands as a testament to the Air Force's continued pursuit of excellence in service to the nation.



TERBANG LALU MEMUKAU SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN ABDB KE-64
PANGKALAN LAUT MUARA, Sabtu, 31 Mei 2025 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan, berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksasa sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-64 yang berlangsung di Padang Kawad, Pangkalan Laut, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
Salah satu acara utama sambutan tersebut ialah pertunjukan terbang lalu oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang memperlihatkan semangat kesepaduan, ketepatan dan keunggulan keupayaan udara. Pertunjukan melibatkan enam buah helikopter Sikorsky S-70i Black Hawk daripada Skuadron No. 11 di bawah formasi Blue serta dua buah pesawat Airbus C295MW daripada Skuadron No. 15 di bawah formasi Eagle. Formasi Blue dalam susunan Arrowhead diketuai oleh Kapten (U) Muhammad Fuad bin Haji Salleh manakala formasi Eagle diketuai oleh Mejar (U) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman.
Pertunjukan ini dilaksanakan dengan penyelarasan yang rapi dan disiplin yang tinggi hasil perancangan teliti serta dedikasi padu pasukan penerbangan dan koordinator darat.
Penyertaan TUDB dalam acara perbarisan ini memperlihatkan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan operasi, dan menyerlahkan profesionalisme serta nilai-nilai teras yang menjadi tunjang kekuatan ABDB dalam menabur bakti kepada negara.

