Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF PARTICIPATES IN THE 64TH RBAF ANNIVERSARY CELEBRATION

MUARA NAVAL BASE, Saturday, 31 May 2025 – His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Deputy Sultan attended the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary Celebration Grand Parade, at the Muara Naval Base, Royal Brunei Navy (RBN).

The arrival of His Royal Highness, Deputy Sultan at the Parade Square, was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II; and Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF.

Also in attendance were former RBAF and Services Commanders, as well as senior officials from the Ministry of Defence and the RBAF.

The Royal Brunei Air Force (RBAirF) contingent, comprising 266 personnel bearing the RBAirF Colours exhibited discipline, precision and cohesion was led by Lieutenant Colonel (U) Md Zabri bin Abd Rahman and Major (U) Haji Ilhamdi bin Haji Md Dali. The Grand Parade was further marked by a coordinated flypast performed by six Sikorsky S-70i Blackhawk helicopters in diamond formation, led by Captain (U) Muhammad Fuad bin Haji Salleh, together with two Airbus C295MW aircraft led by Major (U) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman.

Subsequently, His Royal Highness proceeded to the Naval Training Centre to view the Defence Development Exhibition. His Royal Highness also interacted with RBAirF personnel who had participated in international missions with the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), the Independent Decommissioning Body (IDB), and Operation BADAI TADUH (Humanitarian and Disaster Relief Mission) in the Republic of the Philippines.

The 64th RBAF Anniversary celebrations was further enlivened with an Arena Performance of coordinated tactical demonstrations by RBAF assets showcasing the agility, teamwork and esprit de corps embedded throughout the armed forces.

As part of the celebrations, the RBAirF organised a static exhibition, offering the public a firsthand look at the advanced aircraft and operational assets. The exhibit provided visitors with insights into the air force's role and capabilities in safeguarding national airspace.

The 64th RBAF Anniversary serves as a reminder of the enduring commitment, discipline and professionalism of the Royal Brunei Armed Forces in upholding the sovereignty and security of Brunei Darussalam.


TUDB TURUT SERTA BAGI SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-64

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Sabtu, 31 Mei 2025 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan telah berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksasa Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) Ke-64 di Padang Kawad Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), di Pangkalan Laut Muara.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia, Timbalan Sultan di Padang Kawad dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; dan Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. 

Turut hadir ialah mantan-mantan Pemerintah ABDB dan angkatan-angkatan tentera; serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Kontinjen Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang terdiri daripada 266 anggota membawa Panji-Panji TUDB telah mempamerkan disiplin, ketertiban dan kesepaduan yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Md Zabri bin Abd Rahman dan Mejar (U) Haji Ilhamdi bin Haji Dali. Perbarisan raksasa turut diserikan dengan terbang lalu yang dilaksanakan secara berkoordinasi melibatkan enam buah helikopter Sikorsky S-70i Blackhawk dalam formasi berlian, diketuai oleh Kapten (U) Muhammad Fuad bin Haji Salleh, bersama dua buah pesawat Airbus C295MW yang diketuai oleh Mejar (U) Mohamad Adieb bin Abdul Rahman.

Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya dijunjung berangkat ke Pusat Latihan TLDB (PLTL) bagi menyaksikan Pameran Perkembangan Pertahanan. Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan becemar bersama anggota TUDB yang telah menyertai misi-misi antarabangsa di bawah United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL), Independent Decommissioning Body (IDB) dan Operasi BADAI TADUH (Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana) di Republik Filipina.

Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-64 turut disemarakkan dengan Persembahan Arena yang menampilkan demonstrasi taktikal berkoordinasi oleh aset-aset ABDB, memperlihatkan ketangkasan, kerjasama dan semangat berpasukan yang utuh dalam kalangan anggota angkatan bersenjata.

Sebagai sebahagian daripada sambutan, TUDB turut menganjurkan pameran statik yang membolehkan orang awam melihat secara langsung pesawat-pesawat canggih dan aset operasi yang dipamerkan. Pameran ini memberi pendedahan kepada peranan dan keupayaan TUDB dalam menjaga keselamatan ruang udara negara.

Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-64 ini menjadi peringatan akan komitmen yang berterusan, disiplin serta profesionalisme warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam menjunjung amanah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Negara Brunei Darussalam.