Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THANKSGIVING CEREMONY IN CONJUNCTION WITH RBAF’S 64TH ANNIVERSARY

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 30 May 2025 - n conjunction with the 64th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), a Thanksgiving Ceremony was held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base. In attendance was Yang Mulia Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Commander Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), along with RBAirF officers, personnel, and members of the local congregation. Similar ceremonies were also held simultaneously at all suraus across the Ministry of Defence and RBAF, with the main event taking place at Surau Ad-Difa, Bolkiah Garrison.

The ceremony began with the recitation of verses from Surah Ali 'Imran, verses 121 to 127, delivered by Private (U) Masrur Fu'ad bin Haji Asmat from 55 Squadron, No. 5 Wing, Support Group, RBAirF. The event continued with mass Fardhu Maghrib and Isya' prayers, Sunnat Hajat prayers, followed by the recitation of Surah Yassin, Tahlil, and concluded with a Doa Kesyukuran.

The Thanksgiving Ceremony is one of several commemorative events held in hopes of receiving blessings from Allah Subhanahu Wa Ta'ala and to ensure the smooth running of this year's RBAF Anniversary celebrations.


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-64

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 30 Mei 2025 - Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-64, Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Pemerintah Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), bersama pegawai-pegawai, anggota TUDB dan jemaah awam. Majlis serupa turut diadakan serentak di surau-surau seluruh perkhemahan Kementerian Pertahanan dan ABDB, dengan majlis utama berlangsung di Surau Ad-Difa, Garison Bolkiah.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Ali 'Imran ayat 121 hingga 127 yang dibacakan oleh Soldadu (U) Masrur Fu'ad bin Haji Asmat dari Skuadron 55, Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, TUDB. Majlis diteruskan dengan sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya' berjemaah, sembahyang Sunnat Hajat, bacaan Surah Yassin, Tahlil, dan diakhiri dengan Doa Kesyukuran.

Majlis Doa Kesyukuran ini merupakan salah satu acara daripada beberapa siri sambutan yang diadakan dengan harapan untuk memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta memohon agar Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB pada tahun ini berjalan dengan lancar.