TANAH JAMBU, Friday, 30 May 2025 – Six officers from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) have successfully completed the inaugural Junior Officers Development Course (JODC 01/2025), held at the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) from 21 April to 30 May 2025.
This course, conducted by the Leadership and Management Centre, DA RBAF, officially replaces the previous promotional examination for officers advancing from the rank of Lieutenant to Captain. A total of 46 officers from across the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) took part in the first intake, comprising 18 officers from the Royal Brunei Land Forces, 22 from the Royal Brunei Navy, and 6 from the RBAirF.
The closing ceremony was officiated by Lieutenant Colonel Amirul Adly bin Haji Ali, Acting Commandant of the Defence Academy. Also present were senior officers, course facilitators, and invited guests. The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and verses from Surah Al-Mu'minun, followed by remarks from the Guest of Honour.
In his address, the Acting Commandant highlighted the JODC as a structured platform for developing junior officers through leadership education, military knowledge, and critical thinking. He emphasised that the course enhances readiness and better equips officers to take on greater responsibilities within the organisation.
Throughout the six-week programme, participants attended academic modules in leadership, military studies, defence and security, as well as international and regional affairs. The course also included team-building activities, individual and group presentations, and leadership reflections aimed at strengthening officer capability and confidence.
The RBAirF congratulates its six officers on the successful completion of this important milestone and remains committed to investing in the growth and development of its future leaders.





ENAM ORANG PEGAWAI TUDB TAMATKAN
JUNIOR OFFICERS DEVELOPMENT COURSE
01/2025
TANAH JAMBU, Jumaat, 30 Mei 2025 – Enam orang pegawai daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya menamatkan
Junior Officers Development Course (JODC) Siri 01/2025 bagi julung kalinya yang berlangsung di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) dari 21 April hingga 30 Mei 2025.
Kursus ini yang dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pengurusan, AP ABDB merupakan pengganti kepada ujian kenaikan pangkat bagi pegawai dari pangkat Leftenan ke Kapten. Seramai 46 orang pegawai menyertai pengambilan sulung ini, terdiri daripada 18 pegawai Tentera Darat Diraja Brunei, 22 pegawai Tentera Laut Diraja Brunei, dan 6 pegawai dari TUDB.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Pemangku Komandan Akademi Pertahanan. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, tenaga pengajar kursus serta jemputan dari ketiga-tiga angkatan tentera. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Mu'minun, disusuli dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat.
Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kursus ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan pembangunan pegawai muda melalui pembelajaran berstruktur, latihan kepimpinan dan pemikiran kritikal. Kursus ini bertujuan untuk memperlengkapkan pegawai dengan ilmu dan kemahiran bagi menghadapi tanggungjawab yang lebih besar pada masa hadapan.
Sepanjang tempoh enam minggu kursus, para peserta telah mengikuti modul-modul akademik dalam bidang kepimpinan, pengajian ketenteraan, sekuriti dan pertahanan, serta isu-isu serantau dan antarabangsa. Kursus ini turut merangkumi aktiviti membina pasukan, pembentangan individu dan berkumpulan, serta sesi refleksi kepimpinan yang bertujuan memperkukuhkan keyakinan dan kecekapan para pegawai.
TUDB mengucapkan tahniah kepada keenam-enam pegawainya atas kejayaan menamatkan kursus ini dan terus komited dalam usaha membangunkan kepimpinan masa hadapan organisasi.


