SINGAPORE, Thursday, 8 May 2025 – The Junior Officers' Exchange Programme (JOEP) between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Republic Singapore Air Force (RSAF) was held from 5 to 8 May 2025 in Singapore. The RBAirF delegation, comprising 5 officers, was led by 1068 Major (U) Mohammad Qamarularifin bin Haji Ramli, Officer Commanding No. 82 Squadron, No. 8 Wing, Training Group, RBAirF.
The RBAirF delegation participated in a series of professional and cultural engagements aimed at strengthening bilateral relations and fostering the development of future air force leaders.
As part of the programme, the RBAirF delegation conducted a Courtesy Call to the Head Air Intelligence (HAI) and visited several key RSAF units and training establishments, that includes the Air Force Training Command, 206 Squadron, and the Aircrew Training Flight under the Helicopter Group. In addition to these professional exchanges, the delegation also took part in a cultural programme designed to promote camaraderie and mutual understanding between the two Air Forces.
This engagement reflects the close defence ties between Royal Brunei Air Force and the Republic of Singapore Air Force, while also providing valuable exposure and networking opportunities for the junior officers of the RBAirF.





ROMBONGAN RBAirF MEMBUAT KESIMPULAN PROGRAM PERTUKARAN PEGAWAI MUDA 3 HARI DI SINGAPURA
SINGAPURA, Khamis, 8 Mei 2025 – Program Pertukaran Pegawai Muda (Junior Officers' Exchange Programme - JOEP) antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Republik Singapura (TURS) telah berlangsung dari 5 hingga 8 Mei 2025 di Singapura. Delegasi TUDB, yang terdiri daripada 5 orang pegawai, diketuai oleh 1068 Mejar (U) Mohammad Qamarularifin bin Haji Ramli, Pegawai Memerintah Skuadron 82, Cawangan No. 8, Kumpulan Latihan, TUDB.
Delegasi TUDB telah menyertai beberapa siri penglibatan profesional dan budaya yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala serta memupuk pembangunan kepemimpinan dalam kalangan pegawai tentera udara.
Sepanjang program, delegasi TUDB telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas
Head Air Intelligence (HAI) serta melaksanakan lawatan ke beberapa unit dan institusi latihan utama TURS, termasuk Air Force Training Command, 206 Squadron, dan Aircrew Training Flight di bawah Helicopter Group. Selain pertukaran profesional, delegasi juga mengambil bagian dalam program budaya yang dilaksanakan untuk memupuk semangat persahabatan dan meningkatkan persefahaman bersama antara kedua-dua Tentera Udara.
Penglibatan ini mencerminkan hubungan pertahanan yang erat antara TUDB dan TURS, di samping memberikan pendedahan dan peluang rangkaian yang berharga bagi pegawai-pegawai muda TUDB.


