Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

NO.2 WING, OPERATIONS GROUP NON-COMMISSIONED OFFICERS PROMOTION CEREMONY

​RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 26 April 2024 – No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), recently held a promotion ceremony for 13 personnel consisting of 02 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and 11 Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) at No. 2 Wing Headquarters, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, the Commanding Officer of No. 2 Wing. It was also attended by Senior Officers, SNCOs and family members of the promoted personnel. The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by insignia's presentation to the promoted personnel. The event then concluded with a recitation of Doa Selamat and a group photo.

The promotion is a testament to the outstanding contributions made by the personnel to RBAirF and Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Their dedication to upholding core values, maintaining discipline, and achieving exceptional performance has been duly recognized. In this opportunity, The RBAirF extends heartfelt congratulations to all personnel promoted during this ceremony.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH CAWANGAN NO. 2, KUMPULAN GERAKAN, TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 26 April 2024 – Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 13 anggota, terdiri daripada 2 anggota Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan 11 anggota Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) di Markas Cawangan No.2, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai, PTB Kanan dan ahli-ahli keluarga anggota yang dinaikkan pangkat. Majlis Kenaikan Pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan penyampaian lencana pangkat oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Kenaikan pangkat ini adalah bukti kepada sumbangan yang diberikan kepada TUDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara umum. Dedikasi mereka dalam mempertahankan nilai-nilai teras, mengekalkan disiplin dan mencapai prestasi yang cemerlang telah diiktiraf dengan sewajarnya. Di dalam kesempatan ini, pihak TUDB ingin mengucapkan tahniah yang tulus kepada semua anggota-anggota yang dinaikkan pangkat semasa upacara ini.