Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE ATTENDS 18TH DSA AND 3RD NATSEC ASIA 2024 EXHIBITIONS


KUALA LUMPUR, Monday, 06 May 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II led a delegation of Ministry of Defence to the 18th Defence Service Asia (DSA) 2024 and the 3rd National Security (NATSEC) Asia Exhibitions 2024 held from 6 to 9 May 2024 at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) in Putrajaya, Kuala Lumpur, Malaysia. 


In his delegation include Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence and Yang Mulia Mohd Aizul Hakim bin Pehin Orang Kaya Indra Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi, Acting High Commissioner of Brunei Darussalam to Malaysia as well as senior officers from the Ministry of Defence. 

The opening ceremony of 18th DSA 2024 and NATSEC Asia 2024 was officiated by Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Prime Minister of Malaysia. The 18th DSA 2024 showcases advanced technologies in Land, Air, and Sea Defence, Homeland Security, Combat Robotics, Cyber Defence and Security, Humanitarian and Disaster Relief (HADR), Unmanned Aerial Vehicles (UAVs), and Battlefield Medicine, as to attract global government officials and industry leaders. Whilst NATSEC Asia 2024 prioritises on national security by exhibiting equipment for policing, battlefield healthcare, sea-based platforms, and training systems, aimed at addressing regional security challenges and to foster collaborations. 

Yang Berhormat Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II had the opportunity to hold separate bilateral meeting with Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Minister of Defence, Malaysia. Yang Berhormat Pehin applauded Yang Berhormat Minister of Defence Malaysia for the attainment of 18th DSA 2024 AND NATSEC 2024. During the meeting, both sides emphasised the long standing defence relations, discussed various bilateral and strategic issues of mutual interests and concerns, and reiterate commitments to further expand the strong and long-established defence cooperation between the two countries.

The 18th DSA 2024 and NATSEC Asia 2024 saw the participation of 1,324 companies from 60 countries, focusing on the development of local industries and international cooperation. This year’s edition highlighted various new strategies in addressing current security challenges which includes cyber defence. Both DSA and NATSEC Asia provided an opportunity for the sharing of knowledge and ideas, as well as mutual exchanges from participating countries that significantly contributed towards a safer and more secure future.




Opening Ceremony of the 18th DSA 2024 and NATSEC Asia 2024 officiated by Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Prime Minister of Malaysia




Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (R) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II during the bilateral meeting with Yang Berhormat Dato Seri Setia Mohd Khaled bin Nordin, Minister of Defence, Malaysia at the DSA 2024 Exibition and NATSEC 2024 Forum





Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II signed a parchment during the bilateral meeting with the Minister of Defence of Malaysia.




Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II, Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri  Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Armed Forces and Yang Mulia Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary visited one of the booths during the DSA 2024.




KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGHADIRI PAMERAN DSA KE-18 DAN NATSEC ASIA KE-3 2024


KUALA LUMPUR, Isnin, 6 Mei 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah mengetuai delegasi Kementerian Pertahanan ke Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-18 2024 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 ke-3, yang berlangsung dari 6 hingga 9 Mei 2024, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Putrajaya Kuala Lumpur, Malaysia. 

Antara mereka didalam rombongan ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan Yang Mulia Mohd Aizul Hakim bin Pehin Orang Kaya Indra Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan.

Upacara pembukaan DSA ke-18 2024 dan NATSEC Asia 2024 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Pameran DSA ke-18 2024 mempamerkan peralatan dan teknologi canggih dalam pertahanan darat, udara, dan laut, robot tempur, pertahanan dan keselamatan siber, bantuan bencana dan menyelamat, Unmanned Aerial Vehicles (UAVs), dan perubatan medan tempur, bagi menarik perhatian pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin-pemimpin industri global. Sementara NATSEC Asia 2024 mempamerkan peralatan untuk penguatkuasaan undang-undang, penjagaan kesihatan medan tempur, platform berasaskan laut, dan sistem latihan, dengan matlamat untuk menangani cabaran keselamatan serantau serta memupuk kerjasama di bidang pertahanan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah berpeluang mengadakan perjumpaan dua hala secara berasingan dengan Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia. Semasa perjumpaan tersebut, Yang Berhormat Pehin menyampaikan tahniah di atas kejayaan pelaksanaan DSA 2024 dan NATSEC 2024 pada tahun ini. Semasa perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak menekankan hubungan pertahanan yang kukuh, membincangkan pelbagai isu dua hala dan strategik yang berkepentingan bersama dan seterusnya mengulangi komitmen untuk meluaskan lagi usahasama pertahanan diantara kedua buah negara. 

Pameran DSA ke-18 2024 dan NATSEC Asia 2024 menyaksikan penyertaan lebih 1,200 syarikat dari 45 negara, memfokuskan kepada pembangunan industri tempatan dan kerjasama antarabangsa. Edisi tahun ini mengetengahkan pelbagai strategi baru dalam menangani cabaran keselamatan semasa termasuk pertahanan siber. Kedua-dua DSA dan NATSEC Asia menyediakan peluang untuk perkongsian pengetahuan dan idea, serta pertukaran bersama daripada negara-negara yang mengambil bahagian yang turut menyumbang secara signifikan ke arah masa depan yang lebih selamat dan terjamin.


Attachments