Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE HOLDS HARI RAYA AIDILFITRI CELEBRATION FOR THE YEAR 1445H/ 2024M


BERAKAS, Friday, 3 May 2024 - In celebrating the festive month of Syawal, the Ministry of Defence held a Hari Raya Aidilfitri Celebration Ceremony which took place at the Plenary Hall, International Conference Center (ICC), Berakas.


Present at the ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II. 


Also in attendance were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence; RBAF Services Commanders and Acting Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Defence, civilian and military Directors, Commandants, senior officers, officers and personnel of the Ministry of Defence. Also invited were foreign Defence Advisers / Attaché to Brunei Darussalam and Officer Commanding of Support Company, First Battalion Royal Gurkha Rifles (Support Company 1RGR).


The ceremony began with the recital of Doa Kesyukuran read by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Staff Officer Grade 1 Religious Operations, RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) and a welcoming remark from Hajah Leny Mailinawati binti Haji Mayalin, Acting Director Directorate of Finance and Acquisition as Co-Chairperson of the ceremony. The ceremony continued with the screening of Hari Raya greetings video clips from all military units, civilian and military directorates and units under the Ministry of Defence while enjoying their refreshments.


The Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II also had the opportunity to visit the Hari Raya booths set up by all military units, civilian and military directorates, and units under the Ministry of Defence. The booths were the main attraction of this year's Hari Raya Aidilfitri celebration, decorated according to this year's theme, which is a 'Suasana Kampung’. In addition, the event also featured the wearing multiracial clothing and culture in Brunei Darussalam as well as 'gulingtangan' music and RBAF Band performances to enliven the atmosphere.


The Hari Raya Aidilfitri Celebration is more than just a festive occasion; it's also a significant opportunity to strengthen relations among officers and staffs of the Ministry of Defence . In an atmosphere that is both relaxed and spirited, they exchange perspectives and strengthen bonds, fostering trust and mutual understanding. This not only enhances the Ministry's internal operations but also cultivates a work environment that caters to the needs of its team members. Hence, this event serves as a vital platform for nurturing robust relationships and ensuring professional excellence within the workplace.

















MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN PERTAHANAN BAGI TAHUN 1445H/2024M


BERAKAS, Jumaat, 3 Mei 2024 – Dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.


Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.


Turut hadir adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pengarah-pengarah Awam dan Tentera, Komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan. Juga turut dijemput ialah Penasihat / Atase Pertahanan dari luar negara yang menetap di Negara Brunei Darussalam dan Pegawai Memerintah Kompeni Bantu Batalion Pertama Royal Gurkha Rifles (Support Company 1RGR).


Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pegawai Turus Gerakan Agama, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) dan kata alu-aluan daripada Hajah Leny Mailinawati binti Haji Mayalin, Pemangku Pengarah Jabatanarah Kewangan dan Perolehan selaku Pengerusi Bersama Majlis. Majlis diteruskan dengan tayangan klip video ucapan Selamat Hari Raya daripada kesemua unit-unit tentera, jabatanarah-jabatanarah dan unit-unit awam dan tentera di bawah Kementerian Pertahanan sambil menikmati jamuan.  


Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga berpeluang untuk melawat pondok-pondok Hari Raya yang disediakan oleh unit-unit tentera, jabatanarah-jabatanarah dan unit-unit di bawah Kementerian Pertahanan. Pondok-pondok tersebut merupakan tarikan utama sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini yang dihias mengikut tema pada tahun ini, iaitu ‘Suasana Kampung’. Selain itu, majlis ini turut menampilkan pakaian dan budaya berbilang kaum di Negara Brunei Darussalam serta persembahan muzik ‘gulingtangan’ dan Pancaragam ABDB bagi memeriahkan suasana.


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga merupakan peluang penting bagi mempererat hubungan dikalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan. Dalam suasana yang santai namun bersemangat, mereka bertukar pandangan dan memperkukuhkan ikatan yang membina kepercayaan dan kefahaman di antara satu sama lain. Ini tidak hanya meningkatkan keberkesanan operasi dalaman Kementerian, tetapi juga mencipta suasana kerja yang memenuhi keperluan anggota pasukan. Oleh itu, majlis ini adalah platform penting dalam memupuk hubungan yang kukuh dan menjamin kecemerlangan profesional dalam persekitaran kerja.


Attachments