Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

OPENING CEREMONY OF TADARUS AL-QUR’AN IN CONJUNCTION WITH RBAF 61ST ANNIVERSARY


Rimba Air Force Base, Friday, 06 May 2022 – In conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 61st Anniversary, a Tadarus Al-Qur’an opening ceremony was held at Surau Al-Barakah, Rimba AFB today. The same event was also held simultaneously in all surau’s across other RBAF’s camps.

Present at the event was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, the Deputy Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF). In attendance were Commanding Officers, Senior Officers, Officers and personnel of RBAirF.

The Tadarus Al-Qur’an opening ceremony was officiated by the Deputy Commander of RBAirF with the recital of Surah Al-Fatihah. The ceremony then proceeded with the reading of Surah Al-Baqarah and concluded with Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

The ceremony was intended to instill the spirit of reciting and appreciating Al-Qur’an among personnel within the Ministry of Defence and RBAF, in addition to celebrating the RBAF's 61st anniversary.


 MAJLIS TADARUS AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB YANG KE-61 TAHUN

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 06 Mei 2022 – Bagi memperingati Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-61 tahun, Majlis Pembukaan Tadarus Al-Qur’an diadakan di Surau Al-Barakah, PTU Rimba pada hari ini. Majlis yang serupa ini juga telah diadakan secara serentak di kesemua surau ABDB.

Hadir ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota-anggota TUDB.

Majlis Pelancaran Tadarus Al-Qur’an telah dirasmikan oleh Timbalan Pemerintah TUDB dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Baqarah dan diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Selain untuk meraikan sambutan Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-61 Tahun, upacara ini juga bertujuan untuk memartabatkan pembacaan dan penghayatan Al-Qur’an dikalangan anggota-anggota Kementerian Pertahanan and ABDB.