Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF COMMANDER RECEIVED A FAREWELL COURTESY CALL FROM CHIEF, OFFICE OF DEFENCE COOPERATION UNITED STATES EMBASSY TO BRUNEI DARUSSALAM


Rimba Air Force Base, Friday, 06 May 2022 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim, the Commander of RBAirF received a Farewell Courtesy Call from Commander Randall D. Jones, the outgoing Chief, Office of Defence Cooperation United States Embassy to Brunei Darussalam. He was accompanied by his successor, Lieutenant Commander Samuel S. Kim.

During the call, Commander Randall expressed his appreciation to the RBAirF Commander for the support and friendship that was given by the RBAirF since he started his tenure in 2019. He then introduced his successor to the RBAirF Commander. Both sides affirmed that despite the challenges face by the global pandemic, defence engagement will continue to progress in enhancing interactions, promoting information sharing, develop capacity building and active interactions in bilateral and multilateral exercise. Both sides agreed to maintained the importance of the special relationship held by both the armed forces that has facilitated the collaboration between the armed forces. Both sides also mentioned the need to further develop the existing working relationship between the two air forces.

The RBAirF Commander also conveyed his gratitude to Commander Randall for his assistance and efforts in strengthening the ties between the armed forces and the air forces in particular. He also expressed confidence that the Lieutenant Commander Samuel will be able to continue the commendable work done by the Office Of Defence Cooperation and develop the relationship to new heights.


PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI CHIEF, OFFICE OF DEFENCE COOPERATION KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 06 Mei 2022 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim, Pemerintah TUDB pada hari ini menerima Kunjungan Perpisahan dari Komander Randall D. Jones, Chief, Office of Defence Cooperation Amerika Syarikat ke Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatannya di Negara ini, Turut hadir bersama beliau ialah Leftenan Komander Samuel S. Kim, Chief, Office of Defence Cooperation yang baharu.

Semasa kunjungan tersebut, Komander Randall menyatakan penghargaan kepada Pemerintah TUDB di atas sokongan dan persahabatan yang diberikan oleh TUDB sepanjang khidmat beliau sejak tahun 2019. Beliau kemudian memperkenalkan pengganti beliau. Kedua belah pihak mengakui dengan cabaran pandemik pada masa ini, hubungan pertahanan perlu diteruskan dengan meningkatkan interaksi, perkongsian maklumat, peningkatan dalam pembangunan kapasiti dan interaksi dalam hubungan dua-hala dan pelbagai-hala. Kedua pihak turut menyuarakan tentang ikatan yang istimewa di antara kedua Angkatan Tentera yang telah banyak membantu kolaborasi dua hala dan menyatakan keperluan untuk mengembangkan lagi ikatan yang sedia ada di antara kedua Tentera Udara.

Pemerintah TUDB turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Komander Randall di atas usaha dan bantuan beliau dalam mengukuhkan ikatan kedua Angkatan tentera dan juga kedua Tentera Udara secara khusus. Beliau juga yakin bahawa Leftenan Komander Samuel akan meneruskan usaha-usaha yang telah diungkayahkan oleh Office of Defence Cooperation sebelum ini dan memperkuat lagi hubungan kedua organisasi.