Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

NO. 2 WING, OPS GROUP RBAirF TAHLIL AND IFTAR EVENT WITH RETIRED OFFICERS, ARSM AND WSM


Gadong, Wednesday, 27 April 2022 - No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Tahlil and Iftar event with the retired officers, Air Regiment Sergeant Major (ARSM) and Wing Sergeant Major (WSM) at Ya-Nur Restaurant, Gadong.

Present at the event were the No. 2 Wing Commanding Officer, Officers, WSM and SSM. Also present to grace the event were the retired Commanding Officers, retired ARSM as well as WSM from the establishment of No. 2 Wing (formerly known as Air Regiment) back on 04 January 1999.

The event began with a group photo session, followed by the recital of Opening Doa and Tahlil led by Lieutenant (U) Haji Mohammad Nur Zainul bin Haji Wan Zulaini, Acting Admin Officer of No. 2 Wing. The event continued with Iftar and concluded with a speech by Major (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer of No. 2 Wing.

This is the first time such an event was organized by the No. 2 Wing in this holy month of Ramadhan and will be held annually in the future to strengthen the relationship and comradeship between the new and the old generation of No.2 Wing.



ACARA TAHLIL DAN SUNGKAI CAWANGAN NO. 2, KUMPULAN GERAKAN TUDB BERSAMA MANTAN PEGAWAI-PEGAWAI, SARJAN MEJAR REJIMEN UDARA DAN SARJAN MEJAR CAWANGAN.

Gadong, Rabu, 27 April 2022 – Acara Tahlil dan Sungkai telah dikendalikan oleh Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bersama Mantan Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Rejimen Udara (ARSM) dan Sarjan Mejar Cawangan (WSM) di Restoran Ya-Nur, Gadong pada malam ini.

Hadir bagi acara tersebut ialah Pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai, WSM dan SSM Cawangan No. 2. Hadir bagi menyempurnakan dan memeriahkan acara tersebut ialah mantan Pegawai-pegawai Pemerintah, mantan WSM, dan juga mantan Pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat di Cawangan No. 2 (sebelum ini dikenali sebagai Rejimen Udara) sejak penubuhannya pada 04 Januari 1999.

Acara tersebut dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan doa yang dibaca oleh Leftenan (U) Haji Mohammad Nur Zainul Abidin bin Haji Wan Zulaini, Pemangku Pegawai Tadbir, Cawangan No. 2. Acara diteruskan dengan berbuka puasa bersama dan diakhiri dengan ucapan dari Mejar (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2.

Acara Sungkai ini adalah pertama kalinya diadakan sempena bulan Ramadhan ini yang diungkayahkan oleh anggota-anggota Cawangan No. 2 yang mana acara ini akan dilanjutkan di masa akan datang bagi mengeratkan silaturahim dan kerjasama diantara anggota-anggota lama dan baru dari Cawangan No. 2.