Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

33 RBAirF CHILDREN WITH DIFFERENT ABILITIES RECEIVE DONATIONS IN CONJUNCTION WITH THE RBAF DIAMOND JUBILEE


Bandar Seri Begawan, Thursday, 28 April 2022 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel and their children with different abilities continue to receive attention and care from Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and RBAirF. A total of 33 children of RBAirF with different abilities received donations today in conjunction with the RBAF Diamond Jubilee which was held simultaneously at recipients’ residents. Donations in form of cash and daily necessities received from RBAF welfare fund, charitable organizations and generous contributions were distributed to the recipients.

Among those who presented the contribution were Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF, Deputy Commander of RBAirF, Commander of the Operation Group, Act Commander of the Support Group and Senior Officers.

The event is one of the community activities held every year in conjunction with RBAF’s anniversary as a care and concern for children with different abilities. In addition, the event aimed to raise awareness and support for the different abilities and to promotes a cohesive society among the uniformed personnel and the community.



33 ANAK-ANAK BERLAINAN UPAYA TUDB MENERIMA SUMBANGAN SEMPENA JUBLI INTAN ABDB

Bandar Seri Begawan, Khamis, 28 April 2022 – Anak-anak istimewa anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) sentiasa mendapat perhatian dan pemedulian dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan TUDB. Seramai 33 anak-anak berkeperluan khas menerima sumbangan sempena Jubli Intan ABDB yang telah dilaksanakan secara serentak kepada semua penerima yang bertempat di kediaman masing-masing. Sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian yang diterima dari Tabung Kebajikan ABDB, organisasi-organisasi amal dan sumbangan yang terkumpul disampaikan kepada setiap penerima.

Antara yang menyampaikan sumbangan tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB, Timbalan Pemerintah TUDB, Pemerintah Kumpulan Gerakan, Pemangku Pemerintah Kumpulan Bantu dan Pegawai-pegawai Kanan.

Acara ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang diadakan pada setiap tahun bersempena dengan Hari Ulang Tahun ABDB sebagai tanda pemedulian dan keperihatinan kepada anak-anak berlainan upaya. Selain itu, tujuan acara ini diadakan adalah bagi meningkatkan sifat pemedulian dan juga meningkatkan kesederan mengenai anak-anak istimewa serta mengeratkan silaturrahim antara anggota dan masyarakat.