Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF HELD KHATAM AL-QUR’AN IN CONJUNCTION WITH THE HOLY MONTH OF RAMADHAN 1443H


Rimba Air Force Base, Wednesday, 27 April 2022 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Khatam Al-Qur’an ceremony in conjunction with the holy month of Ramadhan 1443H at Surau Al-Barakah, Rimba AFB.

The event was attended by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, the Deputy Commander of RBAirF. In attendance were RBAirF’s Board of Executives, Senior Officers, Officers as well as personnel of RBAirF.

The event commenced with Zuhur congregation prayer led by Warrant Officer 2 (B) Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar, Imam of Surau Al-Barakah. The event was followed by the recitation of Al-Qur’an verses, Takhtim and Khatam prayer. The event continued with Zikir Marhaban led by Ustaz Pengiran Fakhrul bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher and concluded with the closing prayer.

The Khatam Al-Qur’an ceremony gathered a total of 32 Airmen and 6 representatives from Jemaah Takmir Surau who have been performing daily recitals of the Al-Qur’an since the beginning of Ramadhan to grace the holy month. In addition to enlivening the holy month of Ramadhan, the ceremony aimed to instill the spirit of appreciation towards the Al-Qur’an among the personnel in RBAirF.




TUDB MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1443H

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 27 April 2022 – TUDB telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena bulan Ramadan 1443H di Surau Al-Barakah, PTU Rimba.

Hadir ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Zuhur berjemaah yang diketuai oleh Pegawai Waran (B) Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Al-Barakah dan diteruskan dengan bacaan tadarus Al-Qur’an, Tahtim dan Doa Khatam. Majlis diteruskan dengan laungan Zikir Marhaban yang diketuai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB dan diakhiri dengan bacaan doa penutup.

Seramai 32 peserta terdiri daripada anggota TUDB serta 6 ahli Takmir Surau Jemaah Awam telah mengikuti acara Khatam Al-Qur’an ini yang mana tadarus Al-Qur’an telah diadakan setiap hari dari awal bulan Ramadhan bagi mencari keberkatan di bulan yang mulia ini. Disamping menyemarakkan bulan suci Ramadhan, majlis ini diadakan bagi menyemai semangat menghayati Al-Qur’an dalam kalangan anggota TUDB.