Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

JASAMU DIKENANG CEREMONY TO COMMEMORATE THE RETIRED RBAirF SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS


Rimba Air Force Base, Wednesday, 27 April 2022 - Jasamu Dikenang Ceremony was held today in commemorating the service of 63 retired Royal Brunei Air Force (RBAirF) Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) at Dewan Punai, Rimba AFB.

Present as the Guest of Honor was Warrant Officer 1 (U) Suridi bin Haji Ibrahim, RBAirF Sergeant Major. Also in attendance were Operation Group Sergeant Major, Support Group Sergeant Major, Base Sergeant Major, Drill Sergeant Major Operation Group, Drill Sergeant Major Support Group, Wing Sergeant Majors and RBAirF SNCOs Mess Committee.

The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah and followed with the presentation of mementos to the retired SNCOs. The ceremony was concluded with a photo session. The presentation was implemented with the concept of a drive-through in adherence to the guidelines of COVID-19 from the Ministry of Health Brunei Darussalam.

This ceremony is one of the initiatives by the SNCOs Mess. It was chaired by the Warrant Officer 1 (U) Shamsul bin Haji Saman, President of the SNCOs Mess Committee. The ceremony was conducted by senior members of the SNCOs Mess Committee. The ceremony aimed to express appreciation and gratitude for the service of retired personnel and to enliven the upcoming Eid Mubarak celebration.


MAJLIS JASAMU DIKENANG BAGI MERAIKAN PEGAWAI-PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN TUDB YANG TELAH BERSARA

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 27 April 2022 - Majlis Jasamu Dikenang diadakan pada hari ini bagi meraikan 63 Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang telah bersara di Dewan Punai, PTU Rimba.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pegawai Waran 1 (U) Suridi bin Haji Ibrahim, Sarjan Mejar TUDB. Turut hadir ialah Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan Gerakan, Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan Bantu, Sarjan Mejar Pengkalan, Sarjan Mejar Kawad Kumpulan Gerakan, Sarjan Mejar Kawad Kumpulan Bantu, Sarjan Mejar Cawangan-cawangan dan Ahli Jawatankuasa Mes PTB Kanan TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada PTB-PTB Kanan yang bersara. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai. Majlis penyampaian cenderahati dilaksanakan dengan konsep pandu lalu mengikut garispandu COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, Brunei Darussalam.

Majlis ini merupakan salah satu inisiatif Mes PTB Kanan. Pengerusi acara ialah Pegawai Waran 1 (U) Shamsul bin Haji Saman, Presiden Mes PTB Kanan TUDB dan dikendalikan oleh ahli jawatankuasa Mes PTB Kanan TUDB sebagai tanda ingatan dan bagi menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih di atas jasa bakti yang telah dicurahkan di sepanjang perkhidmatan mereka yang telah bersara. Di samping itu dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.