Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

EXERCISE AIRGUARD 26/22 INITIAL PLANNING CONFERENCE


Rimba Air Force Base, Wednesday, 27 April 2022 – The Exercise Airguard 26/22 Initial Planning Conference was held virtually at the Meeting Room, Air Movement Centre, Rimba AFB.

The meeting was co-chaired by Major (U) Mohammad Alli Farid bin Ibrahim, Acting Officer Commanding of 238 Squadron, No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Major Chua Jun Hao Alex from 18 Divisional Artillery Battalion, Republic of Singapore Air Force. In attendance were representatives from the Singapore Defence Attaché to Brunei Darussalam and representatives from both contingents.

The exercise was initially planned to be held in 2021, however it was postponed due to the COVID-19 pandemic situation affecting both contingents. This year, the Initial Planning Conference is the first key milestone in the Exercise Airguard series which discussed the overall plan of the exercise, exercise requirements and participation. This will be followed by the Final Planning Conference which has been planned for August 2022 and also the actual exercise which will be held physically in the third quarter of 2022.

Exercise Airguard, which is a symbol of long-standing relationship between both air forces has continued to be an excellent platform for both parties to foster working relationships as well as sharing of best practices and knowledge especially with regards to air defence.

MESYUARAT INITIAL PLANNING CONFERENCE BAGI EKSESAIS AIRGUARD 26/22

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Rabu, 27 April 2022 – Mesyuarat Initial Planning Conference bagi Eksesais Airguard 26/22 telah dilaksanakan secara dalam talian di Bilik Mesyuarat, Pusat Pergerakan Udara, PTU Rimba.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Mejar (U) Mohammad Alli Farid bin Ibrahim, Pemangku Pegawai Memerintah Skuadron 238, Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Mejar Chua Jun Hao Alex dari 18 Divisional Artillery Battalion, Tentera Udara Republik Singapura. Turut hadir ialah wakil dari Atase Pertahanan Republik Singapura ke Brunei Darussalam dan wakil-wakil dari kedua kontinjen.

Eksesais tersebut dirancang untuk dikendalikan pada tahun 2021, yang mana telah ditunda kerana pandemik COVID-19. Tahun ini, Initial Planning Conference merupakan langkah pertama bagi siri Eksesais Airguard 26/22. Mesyuarat turut membincangkan mengenai perancangan keseluruhan eksesais, keperluan-keperluan dan juga penyertaan. Ini akan diikuti oleh Final Planning Conference yang telah dirancang bagi bulan Ogos 2022 dan juga eksesais keseluruhan yang akan dikendalikan pada suku ketiga tahun 2022.

Eksesais Airguard merupakan lambang kerjasama yang erat dah kukuh diantara kedua tentera udara dan adalah merupakan landasan yang penting bagi mengeratkan kerjasama and juga landasan bagi perkongsian tatacara terbaik dan juga pengetahuan terutama sekali dari aspek pertahanan udara.