Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF QARI AWARDED THIRD PLACE IN MUSABAQAH AL-QURAN IN CONJUNCTION WITH RBAF’S 61ST ANNIVERSARY

Berakas Garrison, Friday, 22 April 2022 – The prize presentation of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Musabaqah Al-Quran was held today at Pahlawan Hall, Berakas Garrison. Present as Guest of Honor and to present the prizes to the winners was Yang Mulia Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of RBAF.

Representing Royal Brunei Air Force (RBAirF) was Private (U) Mohammad Iqbal Hibatullah@Hilal bin Mohammad Rushidi from 238 Squadron, No.2 Wing of RBAirF. He was part of the Youth Tilawah Al-Quran scheme from the year 2018 to 2020 and had always had an interest from a young age in religious activities such as reciting the Al-Quran, Tausyeh, Dzikir and more. During the competition, the RBAirF personnel recited verses from Surah At-Taubah.

The RBAirF Qari representative has successfully placed third in the RBAF Musabaqah Al-Quran. Held in conjunction with the RBAF’s 61st anniversary, a total of 10 contestants comprising of Qari and Qariah from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Training Institute RBAF and Special Forces Regiment, competed in the finals held on Wednesday, 20 April 2022 at Surau Al-Barakah, Rimba AFB.




QARI TUDB PEMENANG TEMPAT KETIGA MAJLIS MUSABAQAH AL-QURAN PERINGKAT ABDB SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-61 TAHUN

Berakas Garison, Jumaat, 22 April 2022 – Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah-Hadiah Musabaqah Al-Quran Peringkat Akhir Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-61 telah berlangsung hari ini di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.

Wakil Qari daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) adalah Soldadu (U) Mohammad Iqbal Hibatullah@Hilal bin Mohammad Rushidi dari 238 Skn Cawangan No.2 TUDB. Beliau merupakan lepasan skim Tilawah Al-Quran remaja dari tahun 2018 hingga 2020. Acara keugamaan memang sudah menjadi minat beliau sejak dari kecil lagi dan pernah mengikuti acara keugamaan seperti Tausyeh, Tilawah Al-Quran, Dikir dan sebagainya. Bagi pertandingan tahun ini, beliau telah memperdengarkan ayat-ayat daripada Surah At-Taubah.

Beliau telahpun berjaya mendapat tempat ketiga dalam Musabaqah Al-Quran Peringkat Akhir ABDB sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-61. Seramai 10 peserta daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Institut Latihan ABDB dan Regimen Pasukan Khas telah bertanding di peringkat akhir yang telah berlangsung pada 20 April 2022 di Surau Al-Barakah, TUDB.