Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF BAKTI HOLDS TAHLIL AND IFTAR FOR RBAirF’s ORPHANS

Rimba Air Force Base, Thursday, 21 April 2022 – A tahlil and Iftar ceremony was held today for fifteen Royal Brunei Air Force’s (RBAirF) orphans was hosted by the Royal Brunei Air Force Wives’ Welfare Association (RBAirF BAKTI) at Surau Al-Barakah, Rimba AFB, in conjunction with the holy month of Ramadhan.

Present was Yang Mulia Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, Head of RBAirF BAKTI and also other members of the RBAirF BAKTI.

The ceremony began with mass recitation of Surah Yassin and Tahlil led by Captain Fahzilleana Emey binti Ahmad, RBAF Religious Officer. The Doa Arwah was then read by Lieutenant Dayangku Nur Syadiah Hafizah binti Pengiran Haji Hasan, also an RBAF Religious Officer. It was followed by the presentation of donations to the children presented by the Head of RBAirF BAKTI and concluded Mass Maghrib Prayers and Iftar. The ceremony was held in accordance to the COVID-19 guidelines and SOP from the Ministry of Health, Brunei.

This annual ceremony organized by RBAirF BAKTI is one of the community initiatives aimed to instil benefits of giving sadaqah and contributing to the welfare of our RBAirF’s orphans and also, to enliven this blessed Ramadhan with religious events.



BAKTI TUDB MENGADAKAN MAJLIS TAHLIL DAN BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM TUDB

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 21 April 2022 – Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa bersama lima belas anak-anak yatim Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah dikendalikan pada hari ini oleh Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Udara Diraja Brunei (BAKTI TUDB) yang diadakan di Surau Al-Barakah, PTU Rimba bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, Ketua Cawangan BAKTI TUDB dan juga ahli-ahli BAKTI TUDB.

Majlis tersebut didahului dengan bacaan Yassin dan Tahlil dipimpin oleh Kapten Fahzilleana Emey binti Ahmad dan Doa Arwah dibaca oleh Leftenan Dayangku Nur Syadiah Hafizah binti Pengiran Haji Hasan, Pegawai-Pegawai Agama dari Jabatanarah Agama ABDB. Seterusnya, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim TUDB yang disampaikan oleh Ketua Cawangan BAKTI TUDB dan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan acara berbuka puasa. Acara dijalankan sepenuhnya mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Acara tahunan yang diadakan oleh BAKTI TUDB adalah salah satu daripada initiatif silaturrahim untuk komuniti warga TUDB, bagi memupuk amalan kebajikan dalam sama-sama menjaga kebajikan dan memuliakan anak-anak yatim TUDB disamping menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang mulia penuh keberkatan ini.