Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF OFFICERS RECEIVE OBOE ENDEAVOR ACADEMIC EXCELLENCE AWARD

Defence Academy RBAF, Tuesday, 30 November 2021 – In recognition for their outstanding results and performance in the recent Command and Staff Course 11, two RBAirF officers were among the six recipients of the OBOE Endeavor Academic Excellence Award, a collaboration between the RBAF and the Australian Government.

Major (U) Wan Muhammad Azem bin Hj Aminuddin of the RBAirF HQ and Major (U) Arif Shamirul bin Salleh from No. 5 Wing, Support Group RBAirF received the award today in a ceremony held virtually due to the current COVID-19 situation. Present as the Guest of Honour was Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the RBAF Commander. Also in attendance were Her Excellency Tiffany McDonald, the Australian High Commissioner to Negara Brunei Darussalam, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries, Military and Civilian Directors, Commandants and senior officers.

The virtual ceremony started off with the Acting Director of the RBAF Religious Directorate leading the recitation of Surah Al Fatihah. The Acting Commandant of the Defence Academy was then invited to deliver his opening remarks. Prior to the certificate presentation, the Australian High Commissioner also delivered her speech. She explained the roots of the name for the award, which was taken from the name of Operation OBOE 6, which was the operation conducted by the Australian Defence Force to liberate North Borneo including Negara Brunei Darussalam in the Second World War. She also highlighted the increasing number of engagements and networking between the two countries and particularly the two armed forces which she personally observed during her tenure as the High Commissioner. She also commended Brunei Darussalam's ASEAN Chairmanship this year that also facilitated stronger bilateral relations between the two nations.

The ceremony then commenced with the certificate presentation followed by a short speech from a representative on behalf of the recipients. The ceremony then concluded with a closing doa by the Acting Director of the RBAF Religious Directorate.

The OBOE Award was first presented in 2018 and is in its 4th iteration. The program also involved the recipients and the alumni being invited to Australia to undergo an interaction and visit program to the Australian defence establishments.


DUA PEGAWAI TUDB MENERIMA ANUGERAH OBOE ENDEAVOR ACADEMIC EXCELLENCE

Akademi Pertahanan ABDB, Selasa, 30 November 2021 –Dua orang Pegawai TUDB adalah di kalangan enam penerima anugerah OBOE Endeavor Academic Excellence, yang mana merupakan kolaborasi di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kerajaan Australia. Anugerah tersebut diberikan kepada peserta Kursus Command and Staff edisi ke 11 2021 yang memperolehi keputusan dan prestasi cemerlang.

Mejar (U) Wan Muhammad Azem bin Hj Aminuddin dari Markas TUDB dan Mej (U) Arif Shamirul bin Salleh dari Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu TUDB menerima anugerah itu dalam sebuah majlis yang dikendalikan secara maya. Hadir sebagai Tetamu Kehormat adalah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB. Turut hadir adalah Puan Yang Terutama Tiffany McDonald, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah Awam dan Tentera, Komandan-komandan dan Pegawai-pegawai Kanan.

Acara secara maya itu dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB. Acara diikuti dengan ucapan pembukaan dari Pemangku Komandan Akademi Pertahanan. Seterusnya, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam dijemput untuk memberikan ucapan beliau dimana beliau menjelaskan asal usul nama anugerah tersebut. Ianya diambil dari nama Operasi OBOE 6 yang telah dijalankan oleh Tentera Australia semasa membebaskan Borneo Utara termasuk Negara Brunei Darussalam dalam Perang Dunia Kedua. Beliau juga menyentuh tentang interaksi dan rangkaian yang semakin menggalakkan di antara kedua buah negara dan Angkatan tentera. Di samping itu beliau juga menekankan kejayaan Negara Brunei Darussalam dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini yang juga menyumbang kepada pengukuhan talian dua hala di antara kedua buah negara.

Acara kemudian diikuti dengan penyampaian sijil dan diteruskan dengan ucapan ringkas dari wakil penerima. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dari Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB.

Anugerah OBOE pertama kali disampaikan pada tahun 2018 dan ini merupakan edisi ke-empat ianya dikendalikan. Program ini juga mengandungi lawatan penerima-penerima anugerah ke Australia dan menjalani sesi interaksi dan lawatan ke pertubuhan-pertubuhan pertahanan.