Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

6 RBAirF PERSONNEL CONCLUDED AIRCRAFT TECHNICIAN SUPERVISORY UPGRADING COURSE SERIAL 41/2021

Bandar Seri Begawan, Wednesday, 24 November 2021 - A total of 6 participants, comprising of 4 aircraft technicians and 2 TEMD engineers have completed the Aircraft Technician Supervisory Upgrading Course Serial 41/2021 which lasted for 8 weeks from 30 September 2021 – 26 November 2021 at 75 Squadron today virtually. Present as the Guest of Honour was Major (U) Hajah Noraisah binti Haji Abdul Fatra, Squadron Commander 75 Squadron, No. 7 Wing, RBAirF. Also present were the Officer in Charge of Course Design and Development / Continuation Training & Advisory Team (CDAD/CTAT) and instructors.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a representative speech from one of the course participants A/111 Hjh Norfadillah Binti Hj Mohd Sani, who shared some of his experiences when participating in the course. The ceremony then featured a slideshow of the course progression within the new norms, in response to the outbreak of COVID-19 pandemic in the country. The course was successfully conducted where all theoretical classes were done virtually while practical drills were performed at the Hangar 75 Squadron building in compliance with the guidelines set by the Ministry of Health.

Course participants were given training on leadership skills, health and safety. Participants were also equipped with information and policies enclosed in the Engineering Orders and Instructions. Additionally, participants underwent continuous assessments, such as virtual presentations on aircraft systems, task management practices, on job training and supervision training as an aircraft supervisor at RBAF with facilities provided by 75 Squadron.

The ceremony was driven to a close with the announcement of The Best Student Award which was awarded to 17613 Kpl (U) Samsul Kelvin Bin Samsudin and officially concluded with a speech from the Guest of Honour followed by the recitation of Closing Doa.

The aim of this course is to equip aircraft technicians, specifically those of corporal and engineer 2 ranks, with appropriate knowledge and understanding of supervisory management, as well as the expected responsibilities and duties when working with RBAirF aircrafts. Since the implementation of this course, RBAirF has successfully developed at least 20 aircraft supervisors each year.

6 ANGGOTA TUDB MENAMATKAN KURSUS AIRCRAFT TECHNICIAN SUPERVISORY  UPGRADING COURSE SERIAL 41/2021

Bandar Seri Begawan, Rabu, 24 November 2021 - Seramai 6 orang peserta, terdiri daripada 4 orang teknisyen pesawat dan 2 orang jurutera TEMD, telah menamatkan Kursus Aircraft Technician Supervisory Upgrading Course Serial 41/2021 selama 8 minggu bermula 30 September 2021 hingga 26 November 2021 bertempat di Skuadron 75 pada hari ini secara maya. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar (U) Hajah Noraisah binti Haji Abdul Fatra, Pegawai Memerintah Skuadron 75, Cawangan No. 7, TUDB. Turut hadir adalah Pegawai Penguasa Rekaan & Perkembangan Kursus/ Tim Penasihat & Kesinambungan Latihan dan jurulatih-jurulatih kursus.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dan seterusnya, diikuti dengan ucapan daripada wakil peserta kursus, A/111 Hjh Norfadillah Binti Hj Mohd Sani yang sedikit sebanyak berkongsi tentang pengalaman beliau sepanjang menyertai kursus berkenaan. Majlis kemudian memaparkan tayangan slaid perjalanan kursus dengan norma baharu, yang diadaptasikan melalui keadaan negara diambang pandemik COVID-19. Kursus tersebut berjaya dilaksanakan di mana kelas pembelajaran teori diadakan secara maya sementara latihan praktikal dilaksanakan di dalam bangunan Hangar Skuadron 75 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Para peserta kursus telah dilajarkan dengan ilmu kemahiran kepimpinan, aspek kesihatan dan keselamatan. Peserta kursus juga telah diperlengkapkan dengan maklumat dan dasar-dasar yang terkandung dalam Perintah dan Panduan Kejuruteraan (Engineering Orders and Instructions). Disamping itu, para peserta kursus juga perlu melalui penilaian berterusan seperti pembentangan secara maya mengenai sistem-sistem pesawat, latihan pengurusan tugas, latihan semasa berkerja dan latihan tatacara pengurusan sebagai seorang penyelia pesawat di TUDB dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh 75 Skuadron.

Majlis tersebut telah diteruskan dengan pengumuman Anugerah Peserta Kursus Terbaik, iaitu 17613 Kpl (U) Samsul Kelvin Bin Samsudin dan diakhiri dengan ucapan penutup dari Tetamu Kehormat Majlis bagi menutup kursus tersebut secara rasminya diikuti dengan Bacaan Doa Penutup kursus.

Tujuan kursus tersebut dilaksanakan adalah untuk melengkapkan teknisyen pesawat, khususnya anggota berpangkat koperal dan jurutera 2, agar mempunyai pengetahuan dan kefahaman dari segi pengurusan penyeliaan, tanggungjawab dan tugasan-tugasan yang diperlukan semasa berkerja dengan pesawat-pesawat TUDB. Sepanjang pelaksanaan kursus ini, TUDB telah berjaya melahirkan sekurang-kurangnya 20 orang penyelia-penyelia pesawat pada setiap tahun.