Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF PREPARATION IN MOVING INTO THE TRANSITION PHASE

Rimba Air Force Base, Thursday, 18 November 2021 – As the nation moves towards the Transition Phase and prepares for a gradual relaxation of COVID-19 restrictions, a number of public facilities such as Mosques, Suraus, fitness facilities and dine-in services will be re-opened with the implementation of standard operating procedures (SOPs). These SOPs are in line with the guidelines provided by the Ministry of Health to curb the spread of the Pandemic COVID-19.

In conjunction with the Transition Phase which will start on Friday 19 November, 2021, RBAirF was in full swing conducting cleaning campaign of the Surau Al-Barakah today. The cleaning campaign includes fogging and sanitisation inside and outside of the surau area. As part of the new norm, SOPs have been put in place such as implementation of controlled entry and exit point, scanning of Bruhealth via the QR code as well as the wearing of face masks. In addition, only congregants that have been fully vaccinated with COVID-19 Vaccine and with green or yellow codes will be allowed to use the Surau.

The cleaning campaign and sanitisation works were also scheduled on a weekly basis to provide both the comfort of congregants and also in the RBAirF efforts to mitigate the spread of COVID-19. The RBAirF has strictly abided by the COVID-19 measures and has also established its own Task Force Support team that monitors and coordinates the implementation of COVID-19 measures and efforts.




TUDB GIAT MEMBUAT PERSEDIAAN DALAM MELANGKAH KE FASA PERALIHAN

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 18 November 2021 – Ketika negara sedang beralih ke Fasa Peralihan dan membuat persiapan bagi pengurangan sekatan COVID-19 secara berperingkat, beberapa fasiliti awam seperti masjid, surau, kompleks sukan dan perkhidmatan penyajian makanan secara 'dine-in' akan dibukakan semula mengikut pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP). SOP ini adalah selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Bersempena Fasa Peralihan yang akan bermula pada hari Jumaat 19 November 2021, TUDB giat membuat kempen kebersihan bertempat di Surau Al-Barakah pada hari ini. Kempen kebersihan tersebut adalah termasuk menjalankan sanitasi dan 'fogging' di kawasan dalam dan luar surau, menempatkan peringatan SOP seperti pengawalan kemasukan di pintu keluar dan masuk surau, pengimbasan aplikasi Bruhealth melalui kod QR dan juga pemakaian sungkup muka. Selain itu, hanya jemaah yang telah mendapatkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 dan mempunyai kod QR bewarna hijau atau kuning akan dibenarkan untuk menggunakan surau tersebut.

Kempen kebersihan dan sanitasi juga turut dijadualkan secara mingguan dalam memberikan keselesaan kepada para jemaah disamping usaha TUDB untuk mengawal penyebaran COVID-19. TUDB sentiasa mematuhi sepenuhnya langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 dan juga telah menubuhkan Task Force Support sendiri yang akan memantau serta menyelaras pelaksanaan langkah-langkah dan usaha pecegahan penularan COVID-19.