Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THE INAUGURAL AIR WORKING GROUP MEETING BETWEEN ROYAL BRUNEI AIR FORCE AND THE PHILIPPINE AIR FORCE

Rimba Air Force Base, Thursday, 11 November 2021 – The Inaugural Air Working Group (AWG) between Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Philippine Air Force (PAF) was held successfully via online at Air Movement Centre, RBAirF today.

The Co-Chairman for RBAirF is Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, the Commander of the Operations Group, while from PAF was co-chaired by Colonel Joseph P Archog MNSA (PAF) Assistant Chief of Air Staff for Plans, A-5. The objectives of AWG are to discuss visits, courses, training and exercises in order to strengthen and enhance the relationship between the two Air Forces.

The meeting began with opening remarks from both Co-Chairs followed by a brief introduction of respective Air Forces. The agenda continued with a proposed 3 years work plan by both Air Forces. The session then continued with a discussion on a feasible plan in assisting PAF Pilots with their training at CAE facilities, followed by reviewing the draft Terms of Reference and discussion on the way ahead for both Air Forces' interaction.

The meeting was concluded by closing remarks by both Co-Chairmen. The next meeting will be held in the Philippines tentatively in year 2023.


MESYUARAT KELOMPOK KERJA UDARA PERTAMA ANTARA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA UDARA FILIPINA 

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 11 November 2021 – Mesyuarat Kelompok Kerja Udara (KKU) antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Filipina (TUF) kali pertama telah berjaya dilaksanakan secara maya bertempat di Pusat Pergerakan Udara, TUDB pada hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB, Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said dan Colonel Joseph P Archog MNSA (PAF) Assistant Chief of Air Staff for Plans, A-5. Objektif mesyuarat tersebut adalah bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama antara kedua Tentera Udara melalui lawatan, pertukaran anggota, pendidikan dan latihan.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada kedua-dua Pengerusi Bersama diikuti dengan pengenalan ringkas mengenai Tentera Udara masing-masing. Agenda diteruskan dengan cadangan rangka kerjasama selama 3 tahun dari kedua-dua Tentera Udara. Mesyuarat kemudian diteruskan dengan perbincangan mengenai perlaksanaan bantuan Juruterbang TUDB dalam membantu latihan Dry Training bagi Juruterbang TUF menggunakan kemudahan CAE, diikuti dengan menyemak draf Terma Rujukan dan seterusnya membincangkan halatuju hubungan kedua Tentera Udara.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup oleh kedua-dua Pengerusi Bersama. Mesyuarat seterusnya dirancang akan diadakan di Republik Filipina pada tahun 2023.