Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF HELD RECITATION OF SURAH YAASIN AND TAHLIL CEREMONY FOR THE LATE RBAirF RELIGIOUS TEACHER

Bandar Seri Begawan, Thursday, 4 November 2021 – The RBAirF held a recitation of Surah Yaasin and Tahlil ceremony for Allahyarham Ustaz Said bin Haji Yusop, RBAirF Religious Teacher who passed away on Friday, 29 October 2021. The ceremony was conducted virtually along with the family members of Allahyarham Ustaz.

The ceremony was attended by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF, RBAirF Board of Executives, RBAirF Senior Officers, RBAF Officers and Airmen.

The ceremony began with the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Yaasin and Tahlil followed by recitation of Doa by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin. The ceremony concluded with a short speech by the Commander of RBAirF.

Allahyarham Ustaz Said bin Haji Yusop had been in the service as RBAirF Religious Teacher since 2011 and had contributed immensely to the organisation through various religious activities and events. Apart from leading religious activities organised formally in RBAirF, he was also involved in religious activities at RBAirF Officers and Personnel's residences.


TUDB MENGADAKAN MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN DAN TAHLIL BAGI ALLAHYARHAM GURU UGAMA TUDB

Bandar Seri Begawan, Khamis, 4 November 2021 – TUDB telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil bagi Allahyarham Ustaz Said bin Haji Yusop, Guru Ugama TUDB yang telah Kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 29 Oktober 2021. Majlis tersebut telah diadakan bersama keluarga Allahyarham secara dalam talian.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB, pegawai-pegawai Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan TUDB, Pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan Awam ABDB serta keluarga. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yaasin serta Tahlil dan diikuti dengan bacaan Doa oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin. Majlis diakhiri dengan ucapan ringkas oleh Pemerintah TUDB.

Allahyarham Ustaz Said bin Haji Yusop telah berkhidmat di TUDB sejak tahun 2011 dan telah pun mencurahkan bakti sebagai guru ugama kepada organisasi melalui pelbagai acara-acara keagamaan dan kursus. Selain daripada mengepalai acara-acara keagamaan yang dikendalikan secara rasmi di TUDB, beliau juga sering dijemput bagi acara-acara keagamaan di kediaman Pegawai-pegawai dan Anggota TUDB.