Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

HANDOVER OF DONATION TO FAMILY OF THE LATE RBAirF RELIGIOUS TEACHER BY THE RBAirF COMMANDER

Rimba, Tuesday, 2 November 2021 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF as a representative from RBAirF today presented a donation to the family of Allahyarham Ustaz Said bin Haji Yusop, RBAirF Religious Teacher who passed away on Friday, 29 October 2021.

The arrival of RBAirF Commander was greeted by the family of Allahyarham. Also present were delegations from RBAirF and Officers from RBAF Religious Department.

Upon arrival, the ceremony began with a short message from the Commander of RBAirF, who then proceeded with the presentation of donation to the family of the late Ustaz. The event concluded with the recitation of Doa Tahlil by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.

Allahyarham Ustaz Said bin Haji Yusop had been in the service as RBAirF Religious Teacher since 2011 and had contributed immensely to the organisation through various religious activities and events. Apart from leading religious activities organised formally in RBAirF, he was also involved in religious activities at RBAirF Officers and Personnel's private residences.

The ceremony was conducted in accordance to the Standard Operating Procedures and guidelines issued by the Ministry of Health.


PEMERINTAH TUDB HULUR SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM GURU UGAMA TUDB

Rimba, Selasa, 2 November 2021 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB sebagai wakil daripada seluruh warga TUDB telah menghulurkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ustaz Said bin Haji Yusop, Guru Ugama TUDB yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 29 Oktober 2021 yang lalu.

Ketibaan Pemerintah TUDB disambut oleh keluarga Allahyarham. Turut hadir semasa lawatan tersebut adalah delegasi-delgeasi dari TUDB dan Jabatan Agama ABDB.

Acara tersebut dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pemerintah TUDB,  diteruskan dengan penyerahan sumbangan oleh Pemerintah TUDB dan diakhiri dengan bacaan Doa Tahlil oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.

Allahyarham Ustaz Said bin Haji Yusop telah berkhidmat di TUDB sejak tahun 2011 dan telah pun mencurahkan bakti sebagai guru ugama kepada organisasi melalui pelbagai acara-acara keagamaan dan kursus. Selain daripada mengepalai acara-acara keagamaan yang dikendalikan secara rasmi di TUDB, beliau juga sering dijemput bagi acara-acara keagamaan di kediaman rasmi Pegawai-pegawai dan Anggota TUDB.

Acara ini dikendalikan mengikut Prosedur Operasi Standard dan garispandu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.