Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

HANDOVER CEREMONY OF COMMANDING OFFICER NO. 1 WING

Rimba Air Force Base, Monday, 01 November 2021 – No. 1 Wing, Operations Group, RBAirF held a Hand Over Ceremony for its Commanding Officer between Lieutenant Colonel (U) Awang Muhammad Amiruddin bin Haji Awang Tuah, the outgoing Commanding Officer and Lieutenant Colonel (U) Muhammad Walee bin Hj Roslie, the incoming Commanding Officer.

In attendance were Officer-in-Command of Squadrons and key personnel of No. 1 Wing. Due to the pandemic COVID-19, the ceremony was downscaled in accordance to the guidelines from Ministry of Health. The ceremony was broadcasted live for the No. 1 Wing personnel to witness the ceremony as attendance were limited.

The ceremony started with the recital of Surah Al-Fatihah led by the Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF's Head of Religious Affairs. The event proceeded with the signing of the Hand Over Parchment, which marked the official hand over of the Commanding Officer mantle. The outgoing Commanding Officer further received several gifts as a token of appreciation and remembrance from No. 1 Wing Headquarters and the Airmen and Airwomen of No. 1 Wing.

The ceremony was concluded with the recitation of Doa Selamat to bless the ceremony in wishing the well-being towards the Commanding Officers, Officers and the No. 1 Wing personnel and families and especially protection from the Covid-19 pandemic.



MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS BAGI PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN NO. 1

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 01 November 2021 – Cawangan No 1, Kumpulan Gerakan, TUDB telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas bagi Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1 di antara Leftenan Kolonel (U) Awang Muhammad Amiruddin bin Haji Awang Tuah, Mantan Pegawai Pemerintah, dan Leftenan Kolonel (U) Muhammad Walee bin Hj Roslie, Pegawai Pemerintah yang baharu.

Turut hadir ialah Pegawai- Pegawai Memerintah Skuadron dan anggota berkepentingan dari Cawangan No. 1. Dengan penularan wabak pandemik COVID-19, majlis diadakan secara minima, mengikut garis pandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Majlis tersebut turut disiarkan langsung bagi memberi kesempatan kepada anggota-anggota Cawangan No. 1 yang tidak berpeluang hadir untuk menyaksikan majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Ketua Ugama TUDB. Majlis diteruskan dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas bagi merasmikan penyerahan lantikan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1. Mantan Pegawai Pemerintah turut menerima beberapa cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan daripada Markas Cawangan No. 1 dan anggota-anggota Cawangan No. 1.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat untuk memohon keberkatan dan pelindungan daripada wabak COVID-19 bagi Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai dan anggota Cawangan No. 1 serta keluarga mereka.