Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

HANDING OVER CEREMONY OF THE COMMANDING OFFICER NO. 2 WING

Berakas Garrison, Monday, 1 November 2021 - No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF is now led by a new Commanding Officer with the Handing Over Ceremony between the outgoing CO Lieutenant Colonel (U) Awang Suhaimi bin Awang Jamali and the new CO Major (U) Amierul Halpi bin Talip. The ceremony was held at No. 2 Wing Headquarters, Berakas Garrison.

Present to witness the ceremony were officers and key personnel of No. 2 Wing Headquarters. Also present to witness virtually were all No. 2 Wing personnel from their respective work stations.

The ceremony began with the recitation of surah Al-Fatihah by Private (U) Ahmad Sahidan bin Hj Norhani. The ceremony continued with the signing of the Handing Over Certificate as well as the handing over of the Command Stick to Major (U) Amierul Halpi bin Talip marking the official transfer of leadership and command of No. 2 Wing.

The ceremony proceeded with the outgoing Commanding Officer giving his farewell speech, where he expressed his appreciation towards the unity and commitment of No. 2 Wing personnel in realising the objectives of RBAirF in particular and Royal Brunei Armed Forces in general. The ceremony concluded with the recitation of the special doa against COVID-19.




UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN NO. 2

Berakas Garison, Isnin, 01 November 2021 - Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB telah menerima pucuk pimpinan yang baru dengan Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2 diantara Leftenan Kolonel (U) Awang Suhaimi bin Awang Jamali dan Mejar (U) Amierul Halpi bin Talip di Markas Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Berakas Garison.

Upacara tersebut disaksikan oleh Pegawai-pegawai dan anggota yang berkepentingan di Markas Cawangan No. 2. Upacara tersebut turut disaksikan secara atas talian oleh anggota-anggota Cawangan No. 2 daripada pejabat masing-masing.

Upacara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Soldadu (U) Ahmad Sahidan bin Hj Norhani. Upacara tersebut diteruskan dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas diikuti dengan penyerahan Tongkat Kepimpinan kepada Mejar (U) Amierul Halpi bin Talip yang melambangkan penyerahan tugas dan kepimpinan Cawangan No. 2.

Upacara diteruskan dengan ucapan perpisahan dari Mantan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2 yang mana beliau merakamkan penghargaan di atas kesepaduan dan komitmen anggota Cawangan No. 2 dalam merealisasikan matlamat TUDB secara khususnya dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei secara amnya. Upacara diakhiri dengan doa kesyukuran serta doa khusus bagi memohon perlindungan daripada wabak COVID-19.