Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

INFORMATION-SHARING SESSION WITH THE ROYAL THAI NAVY

Bandar Seri Begawan, Friday, 29 October 2021 – A virtual information-sharing session was conducted between representatives of the Royal Thai Navy Air Division (RTNAD) with the RBAirF, Directorate of Force Capability Development and Centre of Science and Technology Research and Development of the Ministry of Defence Brunei. RTNAD was led by Commander Ronnabhum Juntorn and Lieutenant Commander Pichet Wichapon.

The session began with introductions by the participants in the virtual event and proceeded with a presentation from the RTNAD on its Airbus H145M Platform that it currently operates. Topics that were covered and discussed ranged from operations, platform capability, training and maintenance schedules. The session ended with a fruitful question and answers session. RTNAD participants shared their experience from an operational and maintenance point of view. In addition, the session provided insights into the H145M’s capabilities, considering the operating environment would be similar to that of Brunei’s.

The information-sharing session between both Armed Forces is a testament to the long-standing bilateral relationship between both countries. The global pandemic has not hindered both the Armed Forces from materialising such a productive and insightful sharing session.

SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT BERSAMA TENTERA LAUT DIRAJA THAILAND

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 29 Oktober 2021 – Sesi perkongsian informasi telah diadakan secara maya di antara wakil-wakil Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) bersama TUDB, Jabatanarah Perkembangan Keupayaan Tentera dan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan. TLDT diketuai oleh Komander Ronnabhum Juntorn dan Leftenan Komander Pichet Wichapon.

Sesi yang diadakan secara atas talian tersebut dimulakan dengan pengenalan diri oleh peserta-peserta yang mengikuti sesi tersebut. Sesi diteruskan dengan perkongsian maklumat mengenai pesawat Airbus H145M oleh wakil-wakil TLDT yang merangkumi keupayaan pesawat Airbus H145M, ketersediaan alat ganti pesawat, latihan dan juga jadual pemeliharaan bagi pesawat tersebut. Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci mengenai Pesawat Airbus H145M. Perkongsian pengalaman dari segi operasi dan pemeliharaan oleh pakar-pakar TLDT telah memberi gambaran secara terperinci lagi dalam penggunaan pesawat H145M, terutama sekali persekitaran operasi yang tidak jauh berbeza bagi kedua negara.

Sesi perkongsian maklumat ini adalah bagi mengukuhkan hubungan dua-hala yang telah terjalin sekian lama diantara kedua-dua Angkatan Tentera. Walaupun keadaan masa kini masih lagi dirintangi oleh Pandemik, perkara tersebut tidak menghindari kedua Angkatan Tentera mengadakan sesi perkongsian maklumat tersebut. Walaupun diadakan secara atas talian, sesi yang diadakan tetap produktif dan membawa manfaat kepada kedua belah pihak.