Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THE ROCKET FORGES DE ZEEBRUGGE (FZ) FIRING PRACTICE

Penanjong Garrison, Thursday, 28 October 2021 – RBAirF has conducted the Forges de Zeebrugge (F.Z) Firing Campaign on 26th and 28th October 2021 at the Field Firing Area (FFA), Binturan Range, Penanjong Garrison.

The campaign was conducted by No.1 Wing, Operations Group, RBAirF with the support of No.5 Wing, Support Group, RBAirF. Leading the campaign is Captain (U) Asma Ahmad Farisulamin bin Hj Mohd Sultan, Officer-in-Command of 12 Squadron, No.1 Wing. Leading the Engineering Squadron and ground maintenance is Captain (U) Mohammad Hazwan bin Husny, Engineering Officer 52 Squadron, No. 5 Wing. The aircraft involved in this training session is the Bolkow BO105 that is fitted with the F.Z Rocket Launcher. Altogether, a total of 44 rockets were successfully fired in 3 sorties that were carried out.

The campaign was divided into 5 important phases. These are the planning, preparation, deployment, execution and recovery phases, all of which are vital in order to ensure efficient and successful coordination. It was carried out as part of the RBAirF 'Raise, Train and Sustain' program and to further showcase RBAirF's operational readiness despite the COVID-19 Pandemic.



LATIHAN PENEMBAKAN ROKET FORGES DE ZEEBRUGGE (FZ)

Penanjong Garison, Khamis, 28 Oktober 2021 – TUDB telah melaksanakan Kempen Penembakan Forges de Zeebrugge (F.Z) pada 26 dan 28 Oktober 2021 di Field Firing Area (FFA), Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison.

Kempen tersebut dilaksanakan oleh Cawangan No.1, Kumpulan Gerakan, TUDB dan di bantu oleh Cawangan No.5, Kumpulan Bantu, TUDB. Kempen ini dikendalikan oleh Pegawai Memerintah No.12 Skuadron dari Cawangan No.1, Kapten (U) Asma Ahmad Farisulamin bin Hj Mohd Sultan. Manakala, bahagian Kejuruteraan dan Pemeliharaan Pesawat diketuai oleh Kapten (U) Mohammad Hazwan bin Husny. Pesawat yang digunakan bagi latihan tersebut adalah Pesawat Bolkow BO105 yang dilengkapi dengan Pelancar Roket F.Z. Secara keseluruhan, sebanyak 3 sortie telah dijalankan dan 44 biji roket telah berjaya ditembakkan semasa kempen tersebut.

Kempen ini dibahagikan kepada 5 fasa yang penting iaitu perancangan, persiapan, aturgerak (deployment), perlaksanaan dan pemulihan (recovery). Pelaksanaan fasa-fasa tersebut adalah perlu bagi memastikan penyelarasan latihan yang efisien. Kempen ini merupakan sebahagian dari program 'Raise, Train and Sustain' TUDB dan sekaligus mempamerkan tahap kesiapsiagaan operasi TUDB yang mampan semasa menghadapi cabaran penularan pandemik COVID–19 pada masa ini.