Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THE 2ND PROFESSIONAL AIRMANSHIP PROGRAMME (PAP)

Rimba Air Force Base, Tuesday, 26 October 2021 –  RBAirF attended the virtual 2nd Professional Airmanship Programmme (PAP). RBAirF was represented by Major (U) Mohamad Fazley bin Hasabullah, Officer-in-Command of 11 Squadron, No. 1 Wing, Operations Group, RBAirF.

The programme was hosted by the Japan Ministry of Defence (JMOD) and participated by 10 ASEAN countries. The 2nd PAP is under the "Vientiane Vision 2.0", the guiding principle for Japan defense cooperation with ASEAN. The objective of this programme is to contribute to regional stability by promoting mutual confidence and understanding among air services of Japan and ASEAN and ensuring the rule of law in the Indo-Pacific region. The 2nd PAP focused on the international aviation laws and norms, security in the air and Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR).

The first session started off with a presentation by the representative from JMOD on the challenges and prospects of international law and norms in the air, followed by a discussion with the participants' inputs.

The second session focused on the security in the air. This session was chaired by Colonel Takakura Yukihiro, Chief of Defense Cooperation Plans and Policy Section, Defense Plans/Policies and Program Division. The session started with a brief overview of Japan Air Self-Defense Force (JASDF), challenges in the air and efforts made by JASDF. This was Followed by 10 minutes' presentation on challenges in the air, efforts made by air forces, and air defense cooperation way forward from each ASEAN representative.

The final session was on the Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), co-chaired by Colonel INUTA Masaaki, Deputy Director, 2nd Operations Division & Colonel IKI Kaor, Chief of 3rd Operations and Training Section, Operations Division. This session consisted of an initial presentation by the Japan Self-Defense Force (JSDF) on international disaster relief activities, followed by presentations on challenges in HADR by representatives from Indonesia, Myanmar, Philippines and Singapore.

The programme concluded with closing remarks by Mr. ITO Shingo, Director of International Security Policy Office, Indo-Pacific Regional Policy Division and Colonel TAKAMURA Yukihiro Chief of Defense Cooperation Plans and Policy Section, Defense Plans/Policies and Programme Division. In the closing remarks, the hosts expressed appreciation on the participation from all ASEAN representatives and commitments given to strengthen existing defence relations, particularly on the multilateral airmanship from all participants.


PROGRAM KEAHLIAN UDARA PROFESIONAL (PAP) KALI KE-2

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa, 26 Oktober 2021 – TUDB telah menghadiri Program Keahlian Udara Profesional (PAP) kali Ke-2 yang diadakan secara maya. Mewakili TUDB ialah Mejar (U) Mohamad Fazley bin Hasabullah, Pegawai Memerintah Skuadron 11, Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan TUDB.

Program itu dihoskan oleh Kementerian Pertahanan Jepun (JMOD) dan disertai oleh wakil dari 10 buah negara- negara ASEAN. PAP kali ke-2 ini adalah di bawah "Vientiane Vision 2.0", prinsip panduan bagi kerjasama pertahanan Jepun dengan negara-negara ASEAN. Objektif program ini adalah menyumbang kepada kestabilan serantau dengan membina keyakinan dan persefahaman bersama di kalangan perkhidmatan udara Jepun dan ASEAN dengan memastikan penguatkuasaan undang-undang di rantau Indo-Pasifik. Program tersebut memberi tumpuan kepada undang-undang dan norma penerbangan antarabangsa, keselamatan di udara serta Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

Sesi pertama dimulakan dengan pembentangan oleh wakil dari JMOD mengenai cabaran dan prospek undang-undang serta norma antarabangsa di udara, diikuti dengan perbincangan dari setiap peserta.

Sesi seterusnya memberi tumpuan mengenai keselamatan di udara. Sesi ini dipengerusikan oleh Kolonel Takakura Yukihiro, Ketua Bahagian Rancangan dan Dasar Kerjasama Pertahanan, Bahagian Rancangan/Dasar dan Program Pertahanan. Sesi dimulakan dengan pembentangan yang disampaikan mengenai gambaran ringkas Japan Air Self-Defence Force (JASDF), cabaran di udara dan usaha yang dilakukan oleh JASDF oleh wakil dari Negara Jepun. Sesi diteruskan dengan pembentangan mengenai cabaran di udara, usaha yang dilakukan oleh tentera udara, dan kerjasama pertahanan udara dari setiap wakil dari negara-negara ASEAN.

Sesi diakhiri dengan pembentangan mengenai Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang dipengerusikan bersama oleh Kolonel INUTA Masaki, Timbalan Pengarah dari Bahagian Operasi 2 & Kolonel IKI Kaor, Ketua Bahagian Operasi dan Latihan Ketiga, Bahagian Operasi. Dalam sesi ini, topik pembentangan utama yang disampaikan oleh Japan Self-Defence Force (JSDF) ialah mengenai aktiviti bantuan bencana antarabangsa, diikuti dengan pembentangan mengenai cabaran dalam melaksanakan HADR oleh wakil dari Indonesia, Myanmar, Filipina dan Singapura.

Program ini telah diakhiri dengan ucapan dari ITO Shingo, Pengarah dari Pejabat Dasar Keselamatan Antarabangsa, Bahagian Dasar Wilayah Indo-Pasifik dan Kolonel TAKAMURA Yukihiro, Ketua Bahagian Perancangan dan Dasar Kerjasama Pertahanan, Bahagian Rancangan/Dasar dan Program Pertahanan. Di dalam ucapan beliau, Jepun selaku tuan rumah merakamkan penghargaan di atas penyertaan daripada semua wakil dari negara-negara ASEAN dan menekankan bahawa semua komitmen yang diberikan dapat mengukuhkan hubungan pertahanan yang sedia ada, khususnya mengenai pertahanan udara pelbagai hala.