Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF RESPONSE TO THE COVID-19 BATTLE – COURAGEOUS AIRMEN – THE VACCINATOR

Bandar Seri Begawan, Friday, 22 October 2021 - In support of the Ministry of Health’s efforts to combat the COVID-19 pandemic, RBAirF has deployed hundreds of personnel in varying roles. This week’s article features Sld (U) Mohammad Abdul Faiz bin Lakim from No. 5 Wing attached as Task Group Vaccinator. A total of 15 RBAirF personnel including one officer are deployed to support the country’s vaccination programme.

Before their deployment, they were given 4 days of training at the Nursing Training and Development Centre by the Ministry of Health. Once deployed at their respective vaccination centres, they are allocated different tasks from being a vaccinator, verifier and logger where it will be done on a rotation basis so everyone has the experience in performing all the designated tasks.

Sld (U) Mohammad Abdul Faiz was assigned at the Indoor Stadium. He was nervous at the early stages of deployment. However, with practice and experience, he built his confidence in performing the task. He felt honoured and proud for being part of the front-line workers during this pandemic. He claims that, “This is the least form of contribution I can make to the country”. He also added that teamwork is imperative in executing his daily taskings with other front-line workers from different agencies.

Service Above Self – Teamwork – Excellence

“A young airmen’s meaningful contribution in achieving the Ministry of Health’s vaccination target. Keep up the excellent work”
- Commander of RBAirF


Sld (U) Mohammad Abdul Faiz giving the vaccination.



Sld (U) Mohammad Abdul Faiz briefing the public after receiving their vaccination


RESPONS TUDB TERHADAP PENULARAN WABAK COVID-19 - KETABAHAN ANGGOTA TUDB SEBAGAI PENYUNTIK VAKSIN

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 22 Oktober 2021 - Dalam menyokong usaha Kementerian Kesihatan, TUDB telah mengerahkan ratusan anggota dalam pelbagai peranan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Artikel pada minggu ini menampilkan Sld (U) Mohammad Abdul Faiz bin Lakim dari Cawangan No. 5 yang ditugaskan sebagai anggota Task Group Vaccinator. Seramai 15 anggota TUDB termasuk seorang pegawai telah dikerahkan untuk membantu program vaksinasi negara.

Latihan selama 4 hari yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan di Pusat Latihan dan Perkembangan Kejururawatan telah diberikan kepada anggota yang terlibat. Setelah ditempatkan di Pusat Vaksinasi yang ditetapkan, mereka menjalani pelbagai tugas seperti penyuntik vaksin, tugas mencatat dan pengesahan yang dilakukan secara bergilir bagi memastikan setiap anggota melaksanakan semua tugas untuk pengalaman mereka.

Pada awalnya, Sld (U) Mohammad Abdul Faiz yang ditempatkan di Stadium Tertutup merasa gentar dengan tugasan yang diberikan. Walaubagaimanapun, dengan adanya latihan dan pengalaman yang diperolehi dari masa ke semasa, menjadikan beliau lebih yakin untuk melaksanakan semua tugas. Malahan, beliau merasa satu penghormatan dan bangga kerana diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada barisan hadapan semasa penularan wabak di negara ini. Beliau menyatakan, "Ini merupakan bakti dan pengorbanan yang dapat saya sumbangkan kepada negara walaupun nampak sangat kecil". Dia juga menambah bahawa kerjasama adalah sangat mustahak dalam melaksanakan tugas hariannya bersama para barisan hadapan dari pelbagai agensi.

Service Above Self – Teamwork – Excellence

"Sumbangan berharga anggota TUDB untuk mencapai sasaran Program Vaksinasi Kementerian Kesihatan. Tingkatkan usaha yang cemerlang.”
- Pemerintah TUDB