Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF HEADQUARTERS HELD CLEANING CAMPAIGN AT KAMPUNG KIARONG MUSLIM CEMETERY

Bandar Seri Begawan, Wednesday, 28 April 2021 – In conjunction with Ihya Ramadhan Programme 1442H/2021M, RBAirF Headquarters (HQ) held a cleaning campaign and Tahlil at Kampung Kiarong Muslim Cemetery for the deceased personnel of RBAirF.

The event started with a mass cleaning campaign at the vicinity of the cemetery and followed by the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah led by Ustaz Said bin Haji Yusop, RBAirF Religious Teacher. Also present were the family members of one of the late RBAirF personnel.

The event is part of charitable activities conducted by RBAirF during the holy month of Ramadhan. It also serves to enhance the spiritual development and cooperation amongst RBAirF personnel as well as to encourage the desire to serve and contribute to society.


MARKAS TUDB MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG KIARONG

Bandar Seri Begawan, Rabu, 28 April 2021 –Markas TUDB telah mengadakan kempen kebersihan di tanah perkuburan anggota-anggota TUDB yang telah kembali kerahmatullah bertempat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kiarong sempena Program Ihya Ramadan 1442H/2021M.

Acara tersebut dimulakan dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan dan seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Ustaz Said bin Haji Yusop, Guru Ugama TUDB. Turut hadir ialah keluarga salah satu anggota TUDB yang telah kembali kerahmatullah.

Acara ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal dan berkebajikan yang dikendalikan oleh TUDB sempena memperingati bulan suci Ramadan. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang kepada masyarakat.