Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF BAKTI HELD TAHLIL AND IFTAR FOR RBAirF’s ORPHANS
Berakas, Thursday, 29 April 2021 – A tahlil and iftar event for fifteen RBAirF's orphans was hosted by the Royal Brunei Air Force Wives Welfare Committee (RBAirF BAKTI) at Rumah Wira Angkasa, Berakas in conjunction with the holy month of Ramadhan.

Present was Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, Head of RBAirF BAKTI. Also present at the event were Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF and members of RBAirF BAKTI with spouses.

The event began with mass recitation of Tahlil and Doa Arwah led by Ustaz Said bin Haji Yusop, RBAirF Religious Teacher, followed by a presentation of donations to the children presented by the Head of RBAirF BAKTI and concluded with iftar. 

The event aimed to inculcate charitable attitude towards contributing to the welfare of the orphans and at the same time to enliven the holy month of Ramadhan.


BAKTI TUDB MENGADAKAN MAJLIS TAHLIL DAN BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM TUDB

Berakas, Khamis, 29 April 2021 – Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa bersama lima belas anak-anak yatim TUDB  telah dikendalikan oleh Ahli-ahli Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Udara Diraja Brunei (BAKTI TUDB) yang diadakan di Rumah Wira Angkasa, Berakas bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Hadir di majlis tersebut ialah Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, Ketua Cawangan BAKTI TUDB. Turut hadir ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dan ahli-ahli BAKTI TUDB bersama suami.

Majlis tersebut didahului dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Ustaz Said bin Haji Yusop, Guru Ugama TUDB diikuti dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim TUDB yang disampaikan oleh Ketua Cawangan BAKTI TUDB dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa.

Majlis ini diadakan bagi memupuk amalan kebajikan dalam sama-sama menjaga kebajikan dan memuliakan anak-anak yatim disamping menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.