Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

INITIAL PLANNING CONFERENCE FOR PACIFIC ANGEL SEARCH AND RESCUE EXERCISE

Rimba Air Base, Friday, 09 April 2021 – The 2-day Initial Planning Conference for Pacific Angel Search and Rescue Exercise (IPC PAC ANGEL SAREX) between the Pacific Air Force (PACAF) and RBAirF concluded today at the Air Movement Centre, RBAirF. In light of the current pandemic situation, the IPC was conducted virtually.

The conference was led by Mr. Kirk Hummel from PACAF and Major (U) Mohd Kaisan bin Haji Ludin from RBAirF along with their respective team that include aircraft, pararescue men, medical, logistic, maintenance, and security planners.

The IPC focused on laying the ground work on what the learning objectives of the exercise should be and proposed possible scenarios in order to meet said objectives. The proposed "in-country" exercise will also include a concurrent Subject Matter Expert Exchange (SMEE) sharing session on agendas such as Search and Rescue (SAR) planning, aircraft maintenance, airfield operations and management, and emergency medical and casualty evacuation.

This exercise, which is the first interaction between both Air Force's, serves as a good platform to exchange ideas and best practices, in addition to setting the foundation for future exercises to come.


PERSIDANGAN PERANCANGAN AWAL UNTUK EKSESAIS MENCARI DAN MENYELAMAT PACIFIC ANGEL

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 09 April 2021 – Persidangan Perancangan Awal untuk Eksesais Mencari dan Menyelamat Pacific Angel (IPC PAC ANGEL SAREX) yang dijalankan selama 2 hari di antara Pacific Air Force (PACAF) dan TUDB  telah selesai dijalankan pada hari ini. Persidangan ini telah berlangsung secara dalam talian di Pusat Gerakan Udara, TUDB.

Mengetuai pihak PACAF ialah Mr. Kirk Hummel manakala pihak TUDB diketuai oleh Mejar (U) Mohd Kaisan bin Haji Ludin. Juga turut serta dalam persidangan tersebut ialah pasukan masing-masing yang terdiri daripada wakil bagi perancangan pesawat, perubatan, penyelamat, logistik, penyelenggaraan dan sekuriti.

Antara yang dibincangkan dalam persidangan tersebut ialah senario-senario yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak. Turut dikendalikan semasa eksesais di dalam negeri nanti adalah sesi Subject Matter Expert Exchange (SMEE) pada agenda seperti perancangan mencari dan menyelamat (SAR), operasi lapangan terbang, penyelenggaraan pesawat dan evakuasi kecemasan.

Eksesais ini merupakan interaksi pertama di antara kedua Tentera Udara dan ianya adalah satu platform yang baik bagi anggota untuk saling bertukar idea dan berkongsi best practices serta menetapkan asas untuk latihan yang akan datang.