Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

AB INITIO REAR CREW COURSE CERTIFICATE AND WING PRESENTATION

Rimba Air Base, Monday, 12 April 2021 – Five RBAirF personnel who have completed their flying training as Helicopter Rear Crew have received their course certificate and wing at a ceremony held at Dewan Punai, Rimba Air Base.

Present as Guest of Honour to present the certificate and wing was Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohamad Said, Commander Operations Group, RBAirF. Also present at the ceremony were Senior Officers, Officers, Qualified Crewmen Instructors (QCIs), Airmen and family members.

Recipients of the certificate and wing were Lance Corporal (U) Steven Jhonethen bin Sunnie, Private (U) Ak Md Izzat bin Pg Emran, Private (U) Eddy Azemyrol Rizam bin Emran, Private (U) Md Izzwan Safwan bin Mohammad Samran and Private (U) Khairunnizzah binti Abu Hassan. They had undergone an intensive training programme which started in March 2018 and completed in March 2021 at Standard Evaluation Squadron, No. 7 Wing and No. 1 Wing RBAirF.

Following the presentation, the newly qualified crewmen will continue their flying career as rear crew at 11 Squadron, No. 1 Wing RBAirF on the Blackhawk S70i.

 


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN LENCANA SAYAP ANAK BUAH PESAWAT

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 12 April 2021 – Seramai lima orang anggota TUDB yang baru sahaja menamatkan latihan penerbangan sebagai Anak Buah Pesawat telah menerima sijil dan lencana sayap Anak Buah Pesawat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir sebagai Tetamu Kehormat bagi menyampaikan sijil dan lencana tersebut ialah Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohamad Said, Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Jurulatih, Anggota TUDB dan ahli keluarga.

Penerima-penerima sijil dan lencana sayap anak buah pesawat ialah Lans Koperal (U) Steven Jhonethen bin Sunnie, Soldadu (U) Ak Md Izzat bin Pg Emran, Soldadu (U) Eddy Azemyrol Rizam bin Emran, Soldadu (U) Md Izzwan Safwan bin Mohammad Samran dan Soldadu (U) Khairunnizzah binti Abu Hassan. Anggota tersebut telah menjalani latihan bermula Mac 2018 sehingga Mac 2021 yang lalu di Skuadron Piawaian dan Penilaian Penerbangan, Cawangan No. 7 dan Cawangan No.1 TUDB.

Penamatan latihan mereka ini menandakan bermulanya kerjaya penerbangan operasi mereka sebagai anak buah pesawat Blackhawk S70i di Skuadron 11, Cawangan No. 1 TUDB.