Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF HELD RELIGIOUS FUNCTION TO MARK NISFU SYA’BAN 1442 HIJRAH

Rimba Air Base, Sunday 28 March 2021 – RBAirF held a religious function to mark Nisfu Sya'ban for 1442 Hijrah at Surau Al-Barakah, Rimba Air Base.

Present was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. Also present were RBAirF's Board Executives, Senior Officers, Officers and Airmen.

The function commenced with the recitation of Surah Ghafir verses 60 - 65 by Private (U) Mohammad Rizwan bin Abdullah Razuna and followed by a mass Maghrib Prayer, Sunat Hajat prayer and Doa Khusus Tolak Bala. The function continued with three recitations of Surah Yasin and a special doa to mark Nisfu Sya'ban led by Warrant Officer 2 (U) Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar. The event then concluded with a mass Isya Prayer.

Similar functions were also held at all suraus in the RBAF garrisons, camps and bases.

 

TUDB MENYAMBUT NISFU SYA'BAN 1442 HIJRAH

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Ahad, 28 Mac 2021 – TUDB telah mengadakan  Majlis Malam Nisfu Sya'ban 1442 Hijrah bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba malam ini.

Hadir ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota TUDB

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari Surah Ghafir ayat 60-65 yang dibacakan oleh Soldadu (U) Mohammad Rizwan bin Abdullah Razuna. Majlis diteruskan dengan Solat Fardhu Maghrib, Solat Sunat Hajat, bacaan Doa Khusus Tolak Bala dan bacaan surah Yassin sebanyak tiga kali beramai-ramai serta doa khas Malam Nisfu Sya'ban yang diketuai oleh Pegawai Waran 2 (U) Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar. Majlis diakhiri dengan Solat Fardhu Isya.

Majlis yang serupa turut diadakan secara serentak di seluruh surau garrison, perkhemahan dan pangkalan ABDB.