Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

HANDOVER CEREMONY FOR WING COMMANDER NO. 6 WING, RBAirF

Rimba Air Base, Friday, 19 March 2021 – No. 6 Wing RBAirF held the Wing Commander Handover ceremony between Lieutenant Colonel (U) Don Giovanni bin Abdul Rahman, the outgoing Wing Commander and Major (U) Pg Hairol Iskhandar bin Pg Ahmad, the newly appointed Wing Commander.

The ceremony commenced with the inspection of Guard of Honour by the outgoing Wing Commander comprising of personnel from No. 6 Wing led by Captain (U) Mohd Yazin bin Ismail which followed by the recital of Surah Al Fatihah led by Private (U) Amalul Arifin bin Mantaris and the delivery of farewell speech by the outgoing Wing Commander.

The ceremony continued with the signing of the Handover and Takeover certificate marking the official handing over before receiving the farewell Honourary Salute. The ceremony subsequently proceeded with the presentation of memento to the outgoing Wing Commander witnessed by the Officers and staffs of No. 6 wing.

The handover ceremony proceeded with the presentation of Honourary Salute and inspection of the Guard of Honour by the newly appointed Wing Commander. The ceremony then concluded with a group photo session and the closing prayers.

 

UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH CAWANGAN NO. 6

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 19 Mac 2021 - Cawangan No. 6 TUDB telah mengadakan Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah Cawangan diantara Leftenan Kolonel (U) Don Giovanni bin Abdul Rahman, Mantan Pemerintah Cawangan dan Mejar (U) Pg Hairol Iskhandar bin Pg Ahmad, Pemerintah Cawangan yang baru.

Upacara dimulakan dengan penyampaian Tabek Hormat kepada Pemerintah Cawangan No. 6 dan diikuti dengan pemeriksaan Kawalan Perbarisan yang terdiri daripada anggota-anggota Cawangan No. 6 diketuai oleh Kapten (U) Mohd Yazin bin Ismail. Acara diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Soldadu (U) Amalul Arifin bin Mantaris dan penyampaian ucapan perpisahan dari Pemerintah Cawangan No. 6.

Acara diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima bagi menandakan rasminya penyerahan tugas Pemerintah Cawangan No. 6. Acara seterusnya disusuli dengan penyerahan cenderahati kepada Mantan Pemerintah yang disaksikan oleh Pegawai-pegawai dan kakitangan Cawangan No. 6.

Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Tabek Hormat kepada Pemerintah Cawangan No. 6 yang baru serta pemeriksaan Kawalan Perbarisan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan doa penutup.