Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

JPTM, MINISTRY OF DEFENCE MAKES INTRODUCTORY VISIT TO RBAirF

Rimba Air Base, Monday, 01 March 2021 - A total of 42 personnel from the Department of Administration and Manpower (JPTM), Ministry of Defence visited the Royal Brunei Air Force (RBAirF) as part of Civil Servants’ Induction & Capacity Development Program at RBAirF’s Headquarters, Rimba Air Base.

The objective for the visit is to understand and to differentiate the roles and responsibilities of both RBAirF and manpower from JPTM.

The visit commenced with overview brief on RBAirF as well as duties and responsibilities delivered by Maj (U) Mohammad Sofy bin Md Eusoff. The brief then emphasised on how RBAirF’s operational functions support all Royal Brunei Armed Forces' (RBAF) operations to fulfil its vision, mission and roles.

This visit provides an opportunity for JPTM to toured static display of the current assets used in operations as well as training. At the end of the visit, they were showcased with a Blackhawk S70i helicopter, a weapon system Mistral and Base Defence’s equipment at the RBAirF’s Headquarters. The personnel then had an interaction with RBAirF’s members and the visit was concluded with a photo session outside the RBAirF Headquarters.



JPTM, KEMENTERIAN PERTAHANAN MEMBUAT LAWATAN PENGENALAN KE TUDB

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 01 Mac 2021 - Seramai 42 kakitangan dari Jabatan Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM), Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) di Pangkalan Tentera Udara Rimba sebagai sebahagian daripada Program Induksi Perkhidmatan Awam & Program Pembangunan Kapasiti (Pengenalan) kepada Kementerian Pertahanan.

Tujuan lawatan ini adalah bagi mengetahui dan memahami perbezaan tugas dan tanggungjawab di antara TUDB dan kakitangan awam dari JPTM.

Lawatan dimulakan dengan taklimat dan penerangan mengenai sejarah penubuhan TUDB serta peranan dan tanggungjawab TUDB yang disampaikan oleh dari Mej (U) Mohammad Sofy bin Md Eusoff. Taklimat tersebut turut memaklumkan tentang tugas dan peranan TUDB dalam membantu Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam memastikan sekuriti dan pertahanan terjamin.

Lawatan ini memberi peluang kepada JPTM untuk menyaksikan pameran statik peralatan dan aset yang digunakan dalam operasi dan latihan di TUDB. Di akhir lawatan, mereka berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat pesawat helikopter Blackhawk S70i, sistem senjata Mistral dan peralatan  dari Pertahanan Pangkalan. Lawatan diteruskan dengan interaksi bersama anggota-anggota TUDB dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai di luar Markas TUDB.