Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF JOIN BRUNEI DARUSSALAM’S 37th NATIONAL DAY CELEBRATION

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 23 February 2021 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to join the citizens and residents of this country in celebrating the 37th National Day with other members of the Royal Family at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

The celebration began with the national anthem, followed by the Guard of Honour's inspection by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The Guard of Honour contingent led by the Parade Commander, Lieutenant Colonel Alimin bin Haji Subohi comprises 409 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF), and a combined band from both forces. 

The Royal Brunei Air Force (RBAirF) joined and enliven the celebration  by participating the march past by wearing various operational uniforms from RBAirF led by Major (U) Adieb Rahman bin Abd Rahman comprises 37 personnel. For the first time, the celebration concluded by RBAirF's helicopter fly-past with Diamond formation led by Major (U) Emad Hamdi bin Haji Sawal.

With the theme Menjayakan Wawasan Negara, the country celebrated this year's celebration on a smaller scale compared to previous years in compliance with the Ministry of Health guidelines.

TUDB SERTAI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-37

Bandar Seri Begawan, Selasa, 23 Februari 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini dalam Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-37 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Acara dimulakan dengan lagu kebangsaan dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kontinjen Kawalan Perbarisan yang di bawah Ketua Perbarisan, Lieutenant Colonel Alimin bin Haji Subohi melibatkan seramai 409 orang yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan gabungan pancaragam ABDB dan PPDB.

Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) turut serta bagi menyemarakkan lagi sambutan tersebut dengan mengikuti perbarisan berjalan lalu dengan pelbagai pakaian seragam TUDB yang diketuai oleh Mejar (U) Adieb Rahman bin Abd Rahman melibatkan 37 anggota. Buat julung kalinya acara tersebut diteruskan dengan pertunjukan terbang lalu dengan formasi Diamond daripada TUDB yang diketuai oleh Mejar (U) Emad Hamdi bin Haji Sawal.

Dengan tema 'Menjayakan Wawasan Negara', sambutan tahun ini dilaksanakan dalam skala yang lebih kecil dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya mengikut garispandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.