Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

FAREWELL CEREMONY FOR AFSM RBAF
RIMBA AIR FORCE BASE, FRIDAY, 05 AUGUST 2022 – A farewell ceremony was held for Warrant Officer 1 (U) Muhammad Syahiran bin Haji Abu Bakar  the Armed Forces Sergeant Major Royal Brunei Armed Forces (AFSM RBAF) today. The ceremony was held at Dewan Punai, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

Present during the event were Mess Committee members, Senior Non-commissioned Officers and other ranks of Royal Brunei Air Force (RBAirF). The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, and a doa led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin. The ceremony continued with a farewell speech delivered by the AFSM RBAF and he highlighted the importance of maintaining discipline, high standards and quality leadership. He also adviced all personal to always increase unity and cooperation in realizing the mission and vision of the organisation. The ceremony proceeded with a video presentation of memories dedicated to the AFSM RBAF from the Mess of Warrant Officers, Staff Sergeants and Sergeants RBAirF and a gift as a token of appreciation. The visit concluded with signing of parchment and a group photo.

The ceremony was held with the aim of celebrating the AFSM RBAF who will undergo a transition course before retiring. It is also to honor and appreciate his contribution during his service in the RBAirF in particular and the RBAF in general.

MAJLIS PERPISAHAN SM ABDB

PANGKALAN TENTERA UDARA, JUMAA'T, 05 OGOS 2022 – Majlis perpisahan bagi Pegawai Waran 1 (U) Muhammad Syahiran bin Haji Abu Bakar selaku Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SM ABDB) telah diadakan pada hari ini. Majlis diadakan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Hadir pada majlis tersebut ialah Komiti Mes, PTB-PTB Kanan dan anggota lain-lain peringkat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Majlis dimukakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dikepalai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin. SM ABDB kemudian menyampaikan ucapan perpisahan dimana beliau menekankan kepentingan menjaga disiplin, piawaian tinggi dan kepimpinan yang baik, serta menasihatkan agar semua anggota akan sentiasa meningkatkan perpaduan dan kerjasama dalam merealisasikan misi dan visi organisasi. Majlis diteruskan dengan tayangan klip video gambar kenangan bersama ahli-ahli Mes Pegawai Waran, Staff Sarjan dan Sarjan kepada SM ABDB dan penyampaian cenderahati. Majlis diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai.

Majlis diadakan adalah bertujuan untuk meraikan Sarjan Mejar ABDB yang akan menjalani kursus peralihan dan seterusnya menamatkan perkhidmatan, serta memberi penghormatan dan penghargaan diatas sumbangan jasa bakti selama berkhidmat di TUDB khasnya dan ABDB secara amnya.