Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

AIR WORKING GROUP MEETING BETWEEN RBAirF AND INDONESIAN AIR FORCE (IDAF)

Rimba Air Force Base, Tuesday, 18 January 2022 – Air Working Group (AWG) 8/2021 between Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Indonesian Air Force (IDAF) was held successfully on 18 January 2022 via video teleconference. The Co-Chairman for IDAF is Lieutenant Colonel (Penerbang) Reza Muryaji, Senior Staff Officer for Training Division IDAF,  while for the RBAirF was Lieutenant Colonel (U) Haji Mohamad Albadii Shahnoel Bin Haji Noeh, Chief Of Staff of RBAirF.

The AWG is held once every 2 years hosted by both countries on an alternate basis. The previous meeting was held in Air Movement Centre, Rimba Air Base on 17 December 2019. The objective of AWG is to discuss visits, courses, training and exercises in order to strengthen and enhance the relationship between the two Air Forces.

AWG 8/2021 began with opening remarks from the Co-Chairmen, Lieutenant Colonel (Penerbang) Reza Muryaji and Lieutenant Colonel (U) Haji Mohamad Albadii Shahnoel Bin Haji Noeh. The agenda continued with reviewing of past activities that had been done and discussion of visits, courses, training and exercises (LATMA Elang BRUNESIA) from 2019 to 2022. The AWG 8/2021 concluded with closing remarks from both Co-Chairmen.




MESYUARAT KELOMPOK KERJA UDARA KALI KE-8 DI ANTARA TUDB DAN TENTARA NASIONAL INDONESIA ANGKATAN UDARA

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa, 18 Januari 2022 – Kelompok Kerja Udara (KKU) 8/2021 di antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) telah berjaya dilaksanakan secara maya pada 18 Januari 2022. Pengerusi Bersama daripada TUDB ialah Leftenan Kolonel (U) Haji Mohamad Albadii Shahnoel Bin Haji Noeh, Ketua Staf, TUDB manakala Pengerusi Bersama daripada TNI AU ialah Letnan Kolonel Penerbang Reza Muryaji, Pegawai Staf Kanan, Pejabat Latihan, Angkatan Udara

KKU dikendalikan 2 tahun sekali dan dihoskan oleh kedua-dua negara secara bergilir. Mesyuarat sebelumnya telah diadakan di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba, pada 17 Disember 2019. Objektif bagi KKU adalah untuk membincangkan lawatan, kursus, latihan dan eksesais yang mana bertujuan untuk mengukuhkan dan meningkatkan hubungan antara kedua-dua Tentera Udara.

KKU 8/2021 dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Letnan Kolonel Penerbang Reza Muryaji, diikuti dengan kata-kata aluan daripada Leftenan Kolonel (U) Haji Mohamad Albadii Shahnoel Bin Haji Noeh. Agenda diteruskan dengan menyemak minit mesyuarat KKU 7/2019 dan perbincangan mengenai lawatan, kursus, latihan dan eksesais (LATMA Elang BRUNESIA) yang telah diadakan dari 2019 hingga 2021. KKU 8/2021 ditutup dengan ucapan penutup daripada kedua-dua pengerusi.