Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE (RBAirF) HELD A KHATAM AL-QUR’AN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES (RBAF) 61ST ANNIVERSARY CELEBRATIONS

RIMBA FORCE AIR BASE (Rimba AFB), Thursday, 23 June 2022 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Khatam Al-Qur'an ceremony in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 61st anniversary celebrations at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). The event was attended by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, the Deputy Commander of RBAirF. Also in attendance were RBAirF's Board of Executives, Senior Officers, Officers as well as personnel of RBAirF.

The event commenced with the 'Asr prayer led by Bilal Yazid bin Haji Johari, Bilal of Surau Al-Barakah. The event was followed by the recitation of Al-Qur'an verses by the RBAirF representatives, Takhtim and Khatam prayer. The event continued with Dikir Marhaban led by Ustaz Pengiran Fakhrul bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher and concluded with the closing prayer.

The Khatam Al-Qur'an ceremony gathered a total of 16 personnel who have been performing daily recitals of the Al-Qur'an since the month of May. In addition to enlivening the RBAF 61st anniversary celebrations, the event was held to instill the spirit of love and appreciation towards the Al-Quran among personnel of the RBAirF. A similar event was held at all RBAF surau, with the main event being held at Surau Al-Huda, Muara Naval Base.

TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI (TUDB) MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-61 TAHUN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA (PTU RIMBA), Khamis, 23 Jun 2022 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur'an sempena Sambutan Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-61 Tahun di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Hadir ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir adalah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu 'Asr berjemaah yang diketuai oleh Bilal Yazid bin Haji Johari, Bilal Surau Al-Barakah dan diteruskan dengan bacaan tadarus Al-Qur'an yang dikepalai oleh wakil anggota TUDB, bacaan Takhtim dan Doa Khatam. Majlis diteruskan dengan laungan Dikir Marhaban yang diketuai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB dan diakhiri dengan bacaan doa penutup.

Seramai 16 peserta terdiri daripada anggota TUDB telah mengikuti acara Khatam Al-Qur'an ini yang mana tadarus Al-Qur'an telah diadakan setiap hari dari bulan Mei. Disamping menyemarakkan lagi Hari Ulangtahun ABDB yang ke-61 Tahun, majlis tahunan ini diadakan untuk menyemai semangat mencintai dan menghayati Al-Quran dalam kalangan anggota TUDB. Majlis ini diadakan di kesemua surau ABDB secara serentak dengan tumpuan utama majlis di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).