Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF RESPONSE TO THE COVID-19 BATTLE – RBAirF MAIN EFFORT – CIVILIAN MILITARY COOPERATION (CIMIC) TROOPS

Bandar Seri Begawan, Friday, 08 October 2021 - In support of the Ministry of Health’s efforts to combat the COVID-19 pandemic, RBAirF has deployed hundreds of personnel in varying roles. This week’s article features three (3) Airwomen SSgt (U) Suzilahwati binti Abdullah from No. 6 Wing, Sld (U) Nurfarahhanah binti Sanif, Sld (U) Nuramira binti Abdullah Idrus and one (1) Airmen Sld (U) Muhammad Syafiq bin Mushin who are part of the CIMIC troop to support efforts at the Isolation Centres and Holding Areas.

'From this opportunity, I learned a lot of new things such as Hygiene procedures, wearing of Personal Protective Equipment (PPE), Blood Pressure checking and many more, which I never expected to obtain throughout my military career', SSgt (U) Suzilahwati said as she was appointed to lead the airwomen.

‘Never feel afraid, always keep Tawakkal to Allah SWT to be under His protection and we must always have a sincere passion. We are here to help one another, and if not us as Bruneians, who else will do this job?’’, Sld (U) Nuramira.

The three (3) airwomen with the rest of their peers currently stationed at COVID Holding Area Tutong (CHAT) treat for the COVID-19 female and children patients while Sld (U) Muhammad Syafiq works at Community Isolation Centre (CIC) PKBN, Temburong to treat for male patients. Their duty around the clock includes monitoring the vital signs such as reading of blood pressure, pulse rate and ensuring the well-being of the patients that includes providing daily meals. They are also assigned to accompany patients to undergo swab tests and decontamination process prior to the patient being discharged.

‘We feel honoured to support the nation and be given a role to save lives’, expressed Sld (U) Muhammad Syafiq as he has gained lifetime knowledge and experiences, albeit the inevitable anxious feeling of working at a red zone area.

Service Above Self – Teamwork – Excellence

“Our airmen and airwomen continue to demonstrate the highest levels of Professionalism and Selflessness in the effort to get the COVID-19 Pandemic under control. Well done and keep up the Excellent work.”
-
Commander of RBAirF


Sld (U) Muhammad Syafiq (2nd left, back row) with his section.



SSgt (U) Suzilahwati disposing her gloves upon completion of duty.


Sld (U) Nurfarahhanah sorting out patient’s belongings



Sld (U) Muhammad Syafiq (Right) with his peers delivering meals to patients.


RESPONS TUDB TERHADAP PENULARAN WABAK COVID-19 - TUMPUAN UTAMA TUDB – TERUP KERJASAMA AWAM DAN TENTERA (TERUP CIMIC)

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 08 Oktober 2021 - Dalam menyokong usaha Kementerian Kesihatan, TUDB telah mengerahkan ratusan anggota dalam pelbagai peranan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Artikel pada minggu ini menampilkan tiga (3) Askar Wanita Tentera Udara (AWTU) iaitu SSjn (U) Suzilahwati binti Abdullah dari Cawangan No. 6, Sld (U) Nurfarahhanah binti Sanif, Sld (U) Nuramira binti Abdullah Idrus dan seorang anggota lelaki Sld (U) Muhammad Syafiq bin Mushin yang merupakan sebahagian daripada Terup CIMIC di Pusat-pusat Pengasingan.

"Kelebihan yang saya pelajari setelah ditempatkan sebagai Terup CIMIC adalah seperti prosedur menjaga kebersihan, menggunakan Peralatan Pelindung Diri (PPE), memeriksa tekanan darah dan banyak lagi yang belum pernah saya perolehi di sepanjang karier saya", SSjn (U) Suzilahwati berkata ketika dia dilantik untuk mengetuai AWTU.

''Jangan pernah merasa takut, selalu bertawakkal kepada Allah SWT agar sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya dan kita mesti sentiasa mempunyai niat yang ikhlas. Kami berada di sini untuk saling bantu membantu kerana sebagai seorang rakyat Brunei, siapa yang akan melakukan pekerjaan ini kalau bukan kitani?'', Sld (U) Nuramira.

Tiga (3) AWTU dan anggota yang lain kini ditempatkan di Pusat Pengasingan Tutong (CHAT) bagi merawat pesakit wanita dan kanak-kanak. Sementara, Sld (U) Muhammad Syafiq bertugas di Pusat Pengasingan Komuniti (CIC) PKBN, Temburong untuk merawat pesakit lelaki.

Tugas mereka termasuk memeriksa tanda – tanda vital seperti pemeriksaan tekanan darah, denyut nadi dan memastikan kesejahteraan termasuk penghantaran makanan pada setiap hari. Mereka juga ditugaskan untuk menemani pesakit untuk menjalani Ujian Swab dan Proses Dekontaminasi sebelum pesakit dikeluarkan.

"Kami berasa bangga untuk diberikan peranan untuk menyelamatkan nyawa dan membantu usaha Negara", kata Sld (U) Muhammad Syafiq setelah memperoleh pelajaran dan pengalaman yang berharga walaupun tidak dinafikan adanya perasaan cemas bekerja di kawasan yang berisiko tinggi.

Service Above Self – Teamwork – Excellence

"Dalam usaha membendung penularan Pandemik COVID-19, anggota Tentera Udara terus mempamerkan Profesionalisme yang tinggi dan sikap tidak mementingkan diri. Syabas dan teruskan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan Cemerlang.”
- Pemerintah TUDB