Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI AIR FORCE RECEIVED EDUCATIONAL VISIT FROM INSTITUTE OF BRUNEI TECHNICAL EDUCATION SULTAN BOLKIAH CAMPUS.

RIMBA AIR FORCE BASE, 26 October 2017 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) received an educational visit from the Institute of Brunei Technical Education (IBTE) Sultan Bolkiah Campus, Seria at Rimba Air Force Base.

The educational visit was hosted by Air Engineering Unit, Technical Equipment Maintenance Division (TEMD) and the RBAirF which comprised of 8 teaching staff members and 55 students of National Technical Education Certificate (NTec) in Industrial Equipment Maintenance, NTec in Welding and NTec in Machining.

The purpose of the visit was to expose the students to job opportunities in various fields of engineering and related jobs available in the Ministry of Defence and the RBAF and to inspire and provide students with guidances and opportunities available in the RBAirF

The visit was officiated with an opening remarks and introduction on TEMD by Maj (R) Haji Razali bin Haji Taha, Chief Engineer - Avionics, followed by a briefing on job opportunities in Air Engineering Unit TEMD, RBAirF by WO1 (R) Lamudin bin Safar, Head of Human Resource Department, TEMD.

The visit ended with interactive questions and answers session followed by a tour around four sub units under Air Engineering Unit TEMD RBAirF - Structure/Composite Bay, Avionics Bay, Ground Support Workshop and Overhaul Bay.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI KAMPUS SULTAN BOLKIAH.

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, 26 Oktober 2017 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima lawatan sambil belajar daripada Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah, Seria di Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Rombongan lawatan dihos oleh Unit Kejuruteraan Udara, Bahagian Pemeliharaan dan Peralatan Teknikal (TEMD) dan TUDB yang terdiri daripada 8 staf pengajar dan 55 penuntut dalam Jurusan National Technical Education Certificate (NTec) Industrial Equipment Maintenance, NTec Welding dan NTec Machining. 

Lawatan sambil belajar tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada penuntut mengenai peluang pekerjaan yang berkaitan dengan kejuruteraan yang terdapat di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta memberi inspirasi dan panduan dalam hala tuju bidang pekerjaan yang ada di TUDB.

Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan pengenalan TEMD daripada Mej (B) Haji Razali bin Haji Taha, Ketua Jurutera – Avionik dan diteruskan dengan taklimat mengenai peluang pekerjaan dan keperluan yang ada di Unit Kejuruteraan Tentera Udara (TEMD), TUDB oleh PW1 (B) Lamudin bin Safar, Ketua Jabatan Sumber Tenaga Manusia, TEMD.

Lawatan sambil belajar diakhiri dengan sesi soal jawab sebelum lawatan ke empat sub unit di bawah Unit Kejuruteraan Tentera Udara (TEMD), TUDB, iaitu Structure/Composite Bay, Avionics Bay, Ground Support Workshop dan Overhaul Bay.