TITAH

Titah KDYMM Sempena Upacara Sovereign's Parade Penggambilan ke 23

TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
SEMPENA
UPACARA SOVEREIGN’S PARADE
PENGAMBILAN KE DUA PULUH TIGA
SEKOLAH PEGAWAI KADET,
AKADEMI PERTAHANAN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
 
PADA HARI KHAMIS
23 REJAB 1446 /  18 JANUARI 2025
 
BERTEMPAT
PADANG KAWAD AKADEMI PERTAHANAN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
KAMPUNG TANAH JAMBU

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan rahmat-Nya jua, dapatlah kita sama-sama hadir pada pagi yang permai ini untuk menyaksikan Upacara Sovereign’s Parade Pengambilan Ke Dua Puluh Tiga (23).

Dengan rasa amat gembira, Beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pegawai-Pegawai Kadet di atas persembahan perbarisan mereka sebentar tadi. Ianya jelas mempamerkan mutu disiplin yang tinggi dan semangat keperwiraan serta regimentasi berpasukan yang berkesan.

Beta mengambil maklum, seramai 52 orang Pegawai Kadet dari pengambilan ke-23 ini telah berjaya menamatkan latihan Pegawai Kadet selama 48 minggu termasuk seorang Pegawai Kadet dari Angkatan Tentera Malaysia. Beta juga gembira difahamkan bahawa seorang Pegawai Kadet yang mengikuti pengambilan ini adalah penerima Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan lepasan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan telah menamatkan latihan dan sekarang bertugas selaku Pegawai Perubatan di Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei.​​

Setakat ini, Beta turut berbangga, kerana Sekolah Pegawai Kadet secara keseluruhannya telah berjaya melahirkan seramai 862 orang Pegawai Tentera yang berwibawa yang terdiri daripada 859 Pegawai Kadet tempatan, dua orang Pegawai dari Malaysia dan seorang Pegawai Kadet dari Republik Singapura. Pencapaian yang membanggakan ini menjadi bukti jelas bahawa Sekolah Pegawai Kadet telah mencapai taraf yang tinggi sehingga turut diiktiraf oleh negara-negara sahabat. Penyertaan baharu dari Republik Indonesia dan Kerajaan Thailand pula bagi Pengambilan Ke-24 nanti akan menaikkan lagi profil Sekolah Pegawai Kadet selaku Pusat Kecemerlangan Latihan Pegawai Kadet. Syabas Beta ucapkan kepada Sekolah Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Beta berkeyakinan melalui Pemodenan Pendidikan Tentera Profesional Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Penubuhan Fakulti Pengajian Tentera di Akademi Pertahanan melalui Memorandum Persefahaman di antara Kementerian Pertahanan dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) akan membawa kepada pengembangan lebih berkesan, efisien dan sentiasa relevan dengan peredaran masa.

Manakala, Fakulti Pengajian Tentera itu pula akan mendokong hasrat  negara ke arah pembelajaran sepanjang hayat dengan menghasilkan pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi menepati antara matlamat Wawasan Brunei 2035.

Namun pada hemat Beta, pendidikan tinggi sahaja belumlah memadai. Tetapi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga perlu mendedahkan para anggotanya kepada penglibatan dalam operasi-operasi yang kompleks seperti Operasi Bersepadu dengan agensi-agensi Keselamatan Negara Brunei Darussalam, Operasi Bantuan Kemanusiaan dan Pemulihan Bencana (HADR) seperti Operasi Badai Taduh yang belum lama ini disertai di Republik Filipina dan Independent Decommissioning Body, Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT)  di Republik Filipina serta Misi Operasi Bantuan Keamanan, Pasukan Interim Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).

Beta mahu penglibatan seperti ini dipertingkatkan, supaya Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dapat terus meningkatkan tahap profesionalisme dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan Negara, di samping turut memberikan sumbangan bernilai kepada negara luar dan antarabangsa.

Akhirnya, Beta sukacita merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Akademi Pertahanan, khususnya kepada Komandan Akademi Pertahanan, Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai, Colour Sergeant, School Sergeant Major, Jurulatih dan Kakitangan Sekolah Pegawai Kadet di atas pengorbanan dan dedikasi mereka dalam melatih dan mendidik Pegawai-Pegawai Kadet dan menjayakan Upacara Sovereign’s Parade pada pagi ini.

Ucapan terima kasih dan penghargaan juga, Beta tujukan kepada para ibu bapa, penjaga serta ahli keluarga di atas suntikan semangat, bimbingan dan sokongan yang berterusan sehingga mereka berjaya mengharungi latihan yang sangat bermakna dan mencabar ini. Kepada semua Penerima Anugerah, Beta ucapkan tahniah dan syabas.

Dengan merafakkan syukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala dan dengan berkat kalimah “Bismillahir Rahmanir Rahim”, maka Beta dengan sukacita mengurniakan Tauliah kepada Lima Puluh Dua (52) orang Pegawai Kadet, Pengambilan Kedua Puluh Tiga (23).

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah KDYMM Sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke 63 Tahun

TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA
HARI ULANG TAHUN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
KE-63 TAHUN

PADA HARI SABTU
23 ZULKAEDAH 1445 / 1 JUN 2024

BERTEMPAT :
PADANG KAWAD
INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat sama-sama hadir pada pagi ini bagi meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Yang Ke Enam Puluh Tiga (63) Tahun dalam keadaan negara menikmati suasana aman, damai dan sejahtera.

Di kesempatan istimewa ini Beta mengucapkan tahniah kepada seluruh anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, baik yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara. Setinggi-tinggi tahniah juga atas perbarisan yang membanggakan sebentar tadi, yang melambangkan kesiapsiagaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam menunaikan tanggungjawabnya terhadap Ugama, Raja, Bangsa dan Negara.

Alhamdulillah, lebih Enam (6) dekad penubuhannya, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei terus berkembang dengan pesatnya. Beta bangga dan bersyukur atas perkembangan positif mengikut perancangan, khasnya perancangan bagi tahun 2023 dan 2024, antaranya berupa penstrukturan unit Jentera Tempur menjadi Rejimen Jurutera (Engineer Regiment) Tentera Darat Diraja Brunei, pentauliahan Kapal Tentera Laut Diraja Brunei KDB AS-SIDDIQ dan KDB AL-FARUQ dan pengenalan aset baharu iaitu; Unmanned Underwater Vehicle (UUV). Sementara itu, Tentera Udara Diraja Brunei pula telah menerima dua (2) buah dari empat (4) buah Pesawat Angkut C-295MW dan Insya Allah, dalam masa terdekat juga akan menerima Pesawat Helikopter tempur baharu bagi menggantikan Pesawat Bolkow BO-105. Selain itu Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga akan menaiktaraf keupayaan sistem C4I-STAR nya. Beta penuh yakin bahawa, dengan terus fokus dan komited, maka apa jua yang dirancang akan tercapai, dengan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berupaya menjadi tauladan terbaik kepada Kerajaan Beta dalam perancangan, pengurusan dan pelaksanaan projek yang telus, jujur dan berkesan.

Dari sudut pengambilan anggota tentera pula, Beta mahu Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan memberikan tumpuan dan penelitian mendalam. Beta difahamkan bahawa terdapat cabaran bagi mencapai jumlah anggota tentera yang diperlukan pada setiap tahun, khususnya bagi Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Pada tahun 2023, pemohon yang lulus pemilihan mengikut kuota yang disediakan di Sekolah Pegawai Kadet cuma sebanyak lima puluh tujuh (57) peratus sahaja, manakala tujuh puluh lapan (78) peratus pula bagi Kompeni Rekrut. Cabaran atau trend ini jika berterusan, akan menjejaskan Penstrukturan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke arah matlamat Gagasan Angkatan 2035. Oleh itu, Beta sarankan supaya pihak Kementerian Pertahanan dan pihak berkepentingan di dalam negara untuk bekerjasama dalam menyiapkan laluan di kalangan belia yang berminat untuk berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Selain dari mengasah kekuatan tempurnya, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga telah berjaya mengembangluaskan lagi diplomasi pertahanannya melalui kerjasama dengan Angkatan Tentera Negara-Negara sahabat di peringkat ASEAN, Serantau dan Antarabangsa. Dengan wujudnya hubungan erat diantara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan Angkatan Tentera Sahabat di rantau ini khasnya, dan antarabangsa amnya akan dapatlah memantapkan lagi keupayaan dan persefahaman melalui kegiatan eksesais dan aktiviti dua (2) hala serta pelbagai hala. Persembahan Penerjunan Terjun Payung Bebas Solidariti dari Unit Elit atau Pasukan Khusus sebelas (11) buah angkatan bersenjata negara-negara sahabat yang memeterai Memorandum Persefahaman dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan Pameran Industri Pertahanan daripada dua puluh (20) buah negara sebagai salah satu acara sambutan pagi ini, adalah jelas mencerminkan terjalinnya perpaduan dan diplomasi pertahanan yang kukuh. Beta ucapkan penghargaan kepada negara-negara sahabat yang turut serta dalam Solidarity Jump dan Pameran Industri Pertahanan pada kali ini.
Keceriaan Acara Sambutan Hari Ulang tahun Ke-63 ini turut diwarnai dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan dan anggota tentera dari Royal Guards Special Force, Bahrain Defence Force yang sedang membuat latihan bersama Exercise Hamad Storm dengan Rejiman Pasukan Khas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di negara ini.

Beta juga sangat gembira atas kehadiran dan keterlibatan penuh semangat anggota Persatuan Bekas Perajurit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) pada pagi ini dan juga semasa Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke empat puluh (40) tahun. Beta ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan sumbangan yang berterusan kepada negara walaupun telah bersara dari perkhidmatan. Tahun ini juga adalah merupakan Ulang Tahun penubuhan Kementerian Pertahanan yang ke empat puluh (40) tahun dan dalam masa empat (4) dekad itu, alhamdulillah Kementerian Pertahanan telah berjaya mengemudi dengan baik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Akhirnya, Beta ucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Sambutan pada tahun ini dan semua yang terlibat dalam perbarisan pagi ini. Beta turut mendo’akan agar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Titah KDYMM Sempena Upacara Sovereign's Parade Penggambilan ke 22

TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
SEMPENA
UPACARA SOVEREIGN’S PARADE PENGAMBILAN KE DUA PULUH DUA
SEKOLAH PEGAWAI KADET, AKADEMI PERTAHANAN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
 
PADA HARI KHAMIS
20 REJAB 1445 / 01 FEBRUARI 2024
 
BERTEMPAT
PADANG KAWAD AKADEMI PERTAHANAN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
KAMPUNG TANAH JAMBU

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Segala puji dan syukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izinNya jua, dapatlah kita sama-sama hadir bagi Upacara Sovereign’s Parade Pengambilan Ke Dua Puluh Dua (22),  Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Beta terlebih dahulu dengan besar hati mengucapkan syabas dan tahniah kepada Lima Puluh Empat (54) orang Pegawai Kadet atas persembahan perbarisan yang kemas dan penuh semangat sebentar tadi. Beta yakin ini adalah hasil latihan yang berjaya oleh Pegawai-Pegawai Kadet yang telahpun bersedia dengan penuh yakin untuk memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tentera bertauliah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Beta gembira dan bangga dengan perkembangan positif Sekolah Pegawai Kadet sejak penubuhannya lima belas (15) tahun yang lalu, iaitu untuk julung kalinya telah menerima penyertaan bersejarah dua (2) orang Pegawai Kadet, masing-masing dari Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura.

Beta juga gembira mengambil maklum, bahawa sehingga kini, Sekolah Pegawai Kadet telahpun berjaya melahirkan seramai 804 orang Pegawai Tentera yang bertauliah. Sesungguhnya pencapaian yang signifikan ini adalah bukti jelas meningkatnya kredibiliti dan kematangan Sekolah Pegawai Kadet sehingga turut disambut baik oleh negara-negara sahabat. Syabas, Beta ucapkan kepada Sekolah Pegawai Kadet ABDB.

Sebagai satu-satunya institusi pendidikan dan latihan pegawai-pegawai tentera di negara ini, maka amatlah mustahak bagi Akademi Pertahanan untuk mengekalkan peranan utamanya selaku organisasi yang menjana perkembangan profesionalisme Pegawai-Pegawai ABDB melalui dasar Professional Military Education Manual 2023 yang telah diterbitkan baru-baru ini. Beta yakin Akademi Pertahanan adalah mampu untuk membantu ABDB merangka pelan pendidikan dan latihan sebagai langkah melahirkan pemimpin yang mempunyai ilmu akademik ketenteraan yang tinggi, yang berpaksikan falsafah Melayu Islam Beraja disamping memperkasa Nilai-Nilai Teras ABDB yang memartabatkan identiti kebruneian.

Dalam hubungan ini, Beta dengan sukacita menyambut baik dan memperkenankan rancangan Akademi Pertahanan untuk menubuhkan Faculty of Military Studies dengan kolaborasi bersama Universiti Brunei Darussalam. Ini adalah merupakan langkah positif dan salah satu inisiatif untuk mendapatkan pengiktirafan pendidikan Professional Military Education  dan adaptasi konsep Lifelong Learning.
 
Fakulti ini membuka ruang bagi Pegawai-pegawai ABDB untuk mengikuti program Bachelor in Defence and Security Studies yang diperolehi bermula dari Peringkat Kursus Pegawai Kadet sehingga ke peringkat Kursus Staf Pertengahan atau Intermediate Staff Course dan seterusnya, Master Degree in Defence and Security Studies di peringkat Maktab Turus ABDB. Beta menaruh keyakinan, segala bentuk perancangan dan usaha baik ini Insya Allah akan tercapai dengan dukungan serta kerjasama kukuh dari semua pihak yang berkenaan.

Beta juga sukacita mengucapkan syabas di atas pencapaian Pegawai-pegawai ABDB yang telah meraih anugerah tertentu di Institusi Pendidikan tentera Luar Negara seperti di Maktab Turus Republik Singapura dan Australia serta Kursus Pegawai Kadet Tentera laut di Britannia Royal Naval College, Dartmouth, United Kingdom baru-baru ini. Ucapan Tahniah juga untuk enam (6) orang Pegawai ABDB yang telah menerima anugerah OBOE Endeavour Academic Excellence daripada Kerajaan Australia sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang mereka di dalam Kursus Maktab Turus ABDB baru-baru ini.

Akhirnya, Beta sukacita merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Akademi Pertahanan, khususnya kepada Komandan Akademi Pertahanan, Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai, Colour Sergeant, Jurulatih dan Kakitangan Sekolah Pegawai Kadet di atas pengorbanan serta dedikasi mereka dalam melatih dan mendidik Pegawai-pegawai Kadet dan menjayakan Upacara Sovereign’s Parade pada pagi ini.

Ucapan terima kasih dan penghargaan juga, Beta tujukan kepada para ibu bapa, penjaga serta ahli keluarga di atas suntikan semangat, bimbingan dan sokongan yang berterusan sehingga mereka berjaya mengharungi latihan yang sangat bermakna dan mencabar ini. Kepada semua Penerima Anugerah tertentu, Beta ucapkan tahniah dan syabas.

Dengan merafakkan syukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala dan dengan berkat kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta dengan sukacita mengurniakan Tauliah kepada Lima Puluh Empat (54) orang Pegawai Kadet, Pengambilan Kedua Puluh Dua (22).

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah KDYMM Sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke 63 Tahun

TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA
HARI ULANG TAHUN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
KE-63 TAHUN

PADA HARI SABTU
23 ZULKAEDAH 1445 / 1 JUN 2024

BERTEMPAT :
PADANG KAWAD
INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat sama-sama hadir pada pagi ini bagi meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Yang Ke Enam Puluh Tiga (63) Tahun dalam keadaan negara menikmati suasana aman, damai dan sejahtera.

Di kesempatan istimewa ini Beta mengucapkan tahniah kepada seluruh anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, baik yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara. Setinggi-tinggi tahniah juga atas perbarisan yang membanggakan sebentar tadi, yang melambangkan kesiapsiagaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam menunaikan tanggungjawabnya terhadap Ugama, Raja, Bangsa dan Negara.

Alhamdulillah, lebih Enam (6) dekad penubuhannya, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei terus berkembang dengan pesatnya. Beta bangga dan bersyukur atas perkembangan positif mengikut perancangan, khasnya perancangan bagi tahun 2023 dan 2024, antaranya berupa penstrukturan unit Jentera Tempur menjadi Rejimen Jurutera (Engineer Regiment) Tentera Darat Diraja Brunei, pentauliahan Kapal Tentera Laut Diraja Brunei KDB AS-SIDDIQ dan KDB AL-FARUQ dan pengenalan aset baharu iaitu; Unmanned Underwater Vehicle (UUV). Sementara itu, Tentera Udara Diraja Brunei pula telah menerima dua (2) buah dari empat (4) buah Pesawat Angkut C-295MW dan Insya Allah, dalam masa terdekat juga akan menerima Pesawat Helikopter tempur baharu bagi menggantikan Pesawat Bolkow BO-105. Selain itu Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga akan menaiktaraf keupayaan sistem C4I-STAR nya. Beta penuh yakin bahawa, dengan terus fokus dan komited, maka apa jua yang dirancang akan tercapai, dengan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berupaya menjadi tauladan terbaik kepada Kerajaan Beta dalam perancangan, pengurusan dan pelaksanaan projek yang telus, jujur dan berkesan.

Dari sudut pengambilan anggota tentera pula, Beta mahu Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan memberikan tumpuan dan penelitian mendalam. Beta difahamkan bahawa terdapat cabaran bagi mencapai jumlah anggota tentera yang diperlukan pada setiap tahun, khususnya bagi Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Pada tahun 2023, pemohon yang lulus pemilihan mengikut kuota yang disediakan di Sekolah Pegawai Kadet cuma sebanyak lima puluh tujuh (57) peratus sahaja, manakala tujuh puluh lapan (78) peratus pula bagi Kompeni Rekrut. Cabaran atau trend ini jika berterusan, akan menjejaskan Penstrukturan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke arah matlamat Gagasan Angkatan 2035. Oleh itu, Beta sarankan supaya pihak Kementerian Pertahanan dan pihak berkepentingan di dalam negara untuk bekerjasama dalam menyiapkan laluan di kalangan belia yang berminat untuk berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Selain dari mengasah kekuatan tempurnya, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga telah berjaya mengembangluaskan lagi diplomasi pertahanannya melalui kerjasama dengan Angkatan Tentera Negara-Negara sahabat di peringkat ASEAN, Serantau dan Antarabangsa. Dengan wujudnya hubungan erat diantara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan Angkatan Tentera Sahabat di rantau ini khasnya, dan antarabangsa amnya akan dapatlah memantapkan lagi keupayaan dan persefahaman melalui kegiatan eksesais dan aktiviti dua (2) hala serta pelbagai hala. Persembahan Penerjunan Terjun Payung Bebas Solidariti dari Unit Elit atau Pasukan Khusus sebelas (11) buah angkatan bersenjata negara-negara sahabat yang memeterai Memorandum Persefahaman dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan Pameran Industri Pertahanan daripada dua puluh (20) buah negara sebagai salah satu acara sambutan pagi ini, adalah jelas mencerminkan terjalinnya perpaduan dan diplomasi pertahanan yang kukuh. Beta ucapkan penghargaan kepada negara-negara sahabat yang turut serta dalam Solidarity Jump dan Pameran Industri Pertahanan pada kali ini.
Keceriaan Acara Sambutan Hari Ulang tahun Ke-63 ini turut diwarnai dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan dan anggota tentera dari Royal Guards Special Force, Bahrain Defence Force yang sedang membuat latihan bersama Exercise Hamad Storm dengan Rejiman Pasukan Khas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di negara ini.

Beta juga sangat gembira atas kehadiran dan keterlibatan penuh semangat anggota Persatuan Bekas Perajurit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) pada pagi ini dan juga semasa Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke empat puluh (40) tahun. Beta ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan sumbangan yang berterusan kepada negara walaupun telah bersara dari perkhidmatan. Tahun ini juga adalah merupakan Ulang Tahun penubuhan Kementerian Pertahanan yang ke empat puluh (40) tahun dan dalam masa empat (4) dekad itu, alhamdulillah Kementerian Pertahanan telah berjaya mengemudi dengan baik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Akhirnya, Beta ucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Sambutan pada tahun ini dan semua yang terlibat dalam perbarisan pagi ini. Beta turut mendo’akan agar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah KDYMM Sempena Upacara Sovereign's Parade Penggambilan ke 21

TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN,
 SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
SEMPENA
UPACARA SOVEREIGN’S PARADE
PENGAMBILAN KE DUA PULUH SATU
SEKOLAH PEGAWAI KADET,
AKADEMI PERTAHANAN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

PADA HARI KHAMIS
04 REJAB 1444 / 26 JANUARI 2023

BERTEMPAT
PADANG KAWAD AKADEMI PERTAHANAN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
KAMPUNG TANAH JAMBU
 
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Pujian dan syukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana mengizinkan kita dapat hadhir di Upacara Sovereign’s Parade Pengambilan Ke Dua Puluh Satu (21), Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada pagi ini. Beta mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pegawai-Pegawai Kadet di atas pertunjukan perbarisan yang penuh semangat sebentar tadi.

Seramai 64 orang Pegawai Kadet yang terdiri daripada 45 Lelaki dan 19 Wanita telah berjaya menjalani latihan Pegawai Kadet selama 48 minggu. Ini bererti, seramai 752 orang pemimpin tentera telahpun berjaya dilahirkan sejak penubuhan Sekolah Pegawai Kadet 14 tahun yang lalu. Beta turut berbangga di atas pencapaian ini, sambil tidak lupa merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para ibu-bapa dan penjaga diatas dorongan dan sokongan mereka untuk kejayaan latihan ini.

Pada pengambilan kali ini, Beta gembira dengan langkah meningkatkan kredibiliti dan kapasiti pembelajaran Sekolah Pegawai Kadet iaitu seperti yang dapat dilihat melalui penglibatan latihan luar negeri ke Republik Singapura seperti Joint Urban Operations bersama Singapore Armed Forces Training Institute-Military Institute (SAFTI-MI), yang buat pertama kalinya melibatkan semua perkhidmatan Pegawai Kadet Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Skop Sekolah Pegawai Kadet juga turut dikembangkan lagi penglibatannya dengan mengikuti International Army Cadet Week bersama Republik Rakyat China dan SAFTI-MI International Cadet Conference di Republik Singapura.

Dalam usaha untuk mengembangkan pembelajaran dan menghasilkan Pegawai Tentera yang berpengetahuan tinggi, maka Akademi Pertahanan memang perlu untuk membuat kolaborasi dengan universiti dan institusi pendidikan tentera, samada dari luar negara mahupun tempatan sebagai academic provider kepada Akademi Pertahanan. Selain bagi tujuan melahirkan pemimpin tentera yang kredibel, komitmen seumpama ini juga adalah mampu untuk menaikkan lagi taraf akreditasi pendidikan Akademi Pertahanan sehingga sebanding dengan institusi pendidikan tentera luar negara.

Untuk melahirkan pemimpin tentera yang kredibel, RBAF Leadershif Model adalah memainkan peranan utama sebagai pembentuk watak atau karakter yang kita kehendaki. Kita hanya mahukan pemimpin-pemimpin yang berwatak atau berkarakter kebruneian semata­-mata, dengan ditambah lagi memiliki sifat-sifat jujur, amanah, takwa, berani, setia dan profesional. Inilah Model Kepimpinan yang sangat-­sangat didambakan oleh Brunei.

Berpandukan kepada Model Kepimpinan seperti inilah, insya Allah, tapisan pemilihan bagi bakal Pegawai ABDB di Sekolah Pegawai Kadet akan lebih terperinci lagi dilaksanakan, dengan mengambil kira juga standard pembelajaran dan mutu latihan hendaklah sentiasa ditahap yang tinggi dan tidak berkompromi dengan apa-apa jua perkara yang boleh menjejaskan mutu latihan.

Beta mengambil maklum, bahawa mulai Pengambilan Ke Dua Puluh Dua (22) pada tahun 2023 ini, Sekolah Pegawai Kadet buat julung kalinya akan menerima kemasukan Pegawai Kadet dari luar negara. Ini selain dapat meningkatkan hubungan diplomasi pertahanan, kehadhiran Pegawai Kadet luar negara juga akan memberikan nilai tambah dan pengiktirafan terhadap Sekolah Pegawai Kadet kita sebagai setanding dengan Sekolah Pegawai Kadet luar negara.

Untuk akhirnya, Beta sekali lagi mengulangi ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pegawai Kadet yang telah berjaya menamatkan latihan mereka. Beta juga tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan kepada Komandan Akademi Pertahanan, Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai Colour Sergeant dan Jurulatih Sekolah Pegawai Kadet diatas usaha mereka melatih dan mendidik Pegawai-Pegawai Kadet. Semoga Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan terus berkembang maju dan sentiasa didalam pemeliharaan Allah Subhanahu Wata’ala, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta dengan ini mengurniakan Tauliah sebagai Pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kepada Enam Puluh Empat (64) Pegawai Kadet Pengambilan Kedua Puluh Satu (21).

Titah KDYMM Sempena Upacara Sovereign's Parade Penggambilan ke 20

TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 SEMPENA UPACARA SOVEREIGN’S PARADE
PENGAMBILAN KE DUA PULUH
SEKOLAH PEGAWAI KADET,
AKADEMI PERTAHANAN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

 PADA HARI KHAMIS
10 JAMADILAKHIR 1443 / 13 JANUARI 2022

 BERTEMPAT
PADANG KAWAD AKADEMI PERTAHANAN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
KAMPUNG TANAH JAMBU

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah  Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du. 

Alhamdulillah kita syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana mengizinkan kita dapat sama-sama hadhir untuk menyaksikan Upacara Sovereign’s Parade Pengambilan Ke Dua Puluh (20), Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Tahniah dan Syabas kepada Lapan Puluh Satu (81) orang Pegawai Kadet yang telah berjaya menamatkan latihan mereka serta sekaligus mempamerkan penampilan yang kemas dan bersemangat di perbarisan sebentar tadi, setelah menamatkan latihan selama setahun, dan kini bersedia pula untuk memikul tanggungjawab sebagai pegawai atau pemimpin muda di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Penghargaan dan ucapan tahniah juga Beta tujukan kepada para ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga atas sokongan dan do’a untuk kejayaan anak-anak mereka mengikuti latihan Pegawai-Pegawai Kadet Ke Dua Puluh (20) ini. 

Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah merupakan wadah penting dalam membentuk syakhsiah Pegawai Tentera dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Oleh itu, bagi Sekolah Pegawai Kadet ini, mustahaklah ia sentiasa relevan untuk melahirkan barisan pemimpin Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang berkualiti. 

Disamping menitikberatkan latihan ketenteraan dan kepimpinan, Sekolah Pegawai Kadet juga perlu menekankan penerapan kerohanian supaya Pegawai-Pegawai Tentera mempunyai disiplin yang teguh, bercirikan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan falsafah Melayu Islam Beraja. 

Dengan kelahiran terbaru 81 orang pegawai pada hari ini, alhamdulillah, Sekolah Pegawai Kadet telah berjaya menghasilkan seramai 606 orang para Pegawai Tentera dari dua puluh (20) pengambilan.  

Beta melihat, Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan kini, sudahpun mampu untuk menerima kemasukan Pegawai-Pegawai Kadet dari negara-negara sahabat, khususnya di rantau ini, bagi mengikuti latihan Pegawai Kadet di Negara Brunei Darussalam. 

Membuka peluang ini bukan sahaja akan meningkatkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang sedia ada, malah juga mampu untuk menaikkan profil dan pengiktirafan Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei khasnya, dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei amnya di peringkat serantau dan antarabangsa.  

Dalam sudut yang berkaitan, Beta sangat menghargai sumbangan dan komitmen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selaku sebuah institusi pertahanan negara yang sentiasa siap siaga menunaikan amanah menjaga keselamatan dan keamanan negara. Ini terbukti, bilamana Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bersama-sama dengan agensi-agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan telah memainkan peranan utama dalam menangani penularan COVID-19. Beta berharap usaha-usaha yang terpuji seperti ini akan dapat disumbangkan secara berterusan.  

Akhirnya, Beta sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai kadet yang baru saja menamatkan latihan mereka. Beta juga tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan kepada Komandan, Pegawai Pemerintah, Ketua Pengambilan, Pegawai-Pegawai, Colour Sergeant, Jurulatih dan Staf Sekolah Pegawai Kadet atas kegigihan dan pengorbanan mereka menjayakan latihan dan Upacara Sovereign’s Parade pada pagi ini. Beta berdo’a, semoga kita semua dapat taufeq dan ‘inayah Allah Subhanahu Wata’ala serta Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan akan bergerak terus ke hadapan, memacu kejayaan dan kecemerlangan.  

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, maka Beta kurniakan tauliah Sebagai Pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kepada Lapan Puluh Satu (81) Pegawai Pengambilan Ke Dua Puluh (20).  